Antarabangsa

Godzilla 2.0 Dibina Khas Untuk Pemanduan Off-Road

gempak
Erywan
13/07/2020
04:40 MYT
Sponsor Banner
Godzilla 2.0 Dibina Khas Untuk Pemanduan Off-Road
Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2007, Nissan GT-R sudah banyak kali membuktikan keupayaannya di litar lumba mahupun di jalan raya. Namun, mampukah jentera yang diminati ramai itu beraksi di atas permukaan yang tidak berturap?
Bagi menjawab persoalan itu, syarikat talaan yang berpangkalan di Netherlands iaitu Classic Youngtimers Consultancy membangunkan sebuah GT-R khas untuk pemanduan off-road yang digelar sebagai Godzilla 2.0.
Ia dilengkapi dengan sistem suspensi kustom dengan ketinggian tambahan sebanyak 12cm, manakala tayar asal digantikan dengan tayar off-road yang lebih besar. Gerbang roda juga diubahsuai bagi memastikan tayar terbabit muat.
Sementara itu, rak bumbung membolehkan jentera ini membawa tayar simpanan, manakala bar lampu LED yang terletak di atas bumbung dan lampu tambahan pada bampar hadapan memastikan pemandu mendapat cahaya yang secukupnya untuk beraksi pada waktu malam.
Kuasa datang daripada enjin 3.8-liter V6 twin-turbo yang ditala bagi menghasilkan lebih 600hp. Menurut Classic Youngtimers Consultancy, kuasa tersebut lebih tinggi berbanding GT-R Nismo yang boleh memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 2.5 saat. Bagaimanapun, dengan tayar off-road dan berat tambahan daripada rak bumbung, Godzilla 2.0 mungkin tidak selaju versi Nismo itu.
Walaupun begitu, ia masih sebuah jentera yang unik dan lebih menarik lagi, ia boleh menjadi milik sesiapa sahaja sekiranya mereka sudi mengeluarkan belanja sebanyak €95,000 (RM457,645).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live