Antarabangsa

Goodyear Eagle F1 Sport Tayar Khas Untuk Peminat Tegar Sukan Permotoran, Harga Bermula RM294

gempak
Erywan
08/12/2020
08:30 MYT
Sponsor Banner
Goodyear Eagle F1 Sport Tayar Khas Untuk Peminat Tegar Sukan Permotoran, Harga Bermula RM294
Selepas pelancaran siri Eagle F1 tahun lalu, Goodyear Malaysia memperkukuhkan rangkaian tayar pretasi tinggi ultra (UHP) yang dikenali Eagle F1 Sport. Tayar berkenaan dibangunkan dan menawarkan cengkaman yang lebih luar biasa sama ada dalam keadaan jalan raya kering atau basah.
Eagle F1 Sport adalah pilihan tayar sport yang memberi prestasi pengendalian dan brek yang baik, khas untuk kumpulan peminat tegar sukan permotoran. Ia didatangkan sehingga 22 jenis saiz dari dimensi rim sebesar 16 hingga 18 inci dan boleh dipasangkan pada kenderaan sport peringkat pertengahan sehingga kenderaan sedan sporty.
Bagi pemilik kereta berprestasi, tayar ini ideal kerana mereka dapat menikmati prestasi pemanduan maksimum dari kenderaan mereka. Setanding dengan semua tayar yang sebahagian daripada keluarga Goodyear UHP, Eagle F1 Sport menampilkan reka bentuk tapak Eagle Claw yang dilengkapi dengan blok bahu yang lebih kuat.
Dilengkapi dengan Teknologi ActiveControl, tayar sentuhan bahu dimaksimumkan dan tahap kekakuannya ditingkatkan bagi memberikan kestabilan serta ketepatan stereng semasa berselekoh.
Tayar berkenaan dilengkapi dengan jalur penghalang kebisingan yang diperbuat dari getah dan diletakkan di antara lapisan dan pelapik untuk memberikan perjalanan yang lebih tenang dan lancar.
Menambah ketepatan dan pengendalian Eagle F1 Sport adalah Teknologi DynamicBraking Goodyear. Prestasi brek pada permukaan jalan basah dan kering dapat ditingkatkan dengan adanya gabungan tapak Eagle Claw dan tapak silika tinggi yang dimuatkan dengan matriks polimer.
Untuk melengkapinya, pelindung rim lebar boleh didapati dengan semua pilihan saiz Eagle F1 Sport, di mana tanpa sebarang kerisauan, ia membantu melindungi tayar dan rim dari kerosakan yang tidak disengajakan semasa bergerak dan parking. Goodyear Eagle F1 Sport kini boleh didapati di semua pusat Goodyear Autocare di seluruh Malaysia dengan harga antara RM294 hingga RM678 untuk setiap tayar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live