Hiburan

“Penyondol Memang Ramai But Not Me Sistur!” - Lufya Tak Layan Suami Orang, Enggan Hancurkan Hati Wanita Lain

gempak
Mya Amri
18/01/2025
01:56 MYT
Sponsor Banner
“Penyondol Memang Ramai But Not Me Sistur!” - Lufya Tak Layan Suami Orang, Enggan Hancurkan Hati Wanita Lain
Pelakon Lufya Omar tidak akan sesekali menerima lamaran daripada lelaki yang berstatus suami orang sebagai teman hidup.

Say no to suami orang

Menurut Lufya, hidupnya kini sudah cukup gembira dan dia tidak mahu timbul sebarang isu berbangkit kerana terpaksa bermadu kasih.

“Penyondol memang ramai di luar sana but not me sistur! Suami anda selamat dari saya, saya sentiasa doa jauhkanlah suami orang, dan lelaki-lelaki yang tidak berguna dalam hidup ini.

“Hidup saya dah sangat happy sekarang ni. Semua Allah dah cukupkan. I rather be alone and stay happy with my beautiful, kind and cheerful daughter,” tegasnya menerusi hantaran di Instagram.

Enggan sakiti hati wanita lain

Dalam pada itu, Lufya juga tidak sanggup menyakiti hati wanita lain dengan mengahwini suami orang.

“Alhamdulillah saya sayang semua wanita dan doa saya adalah saya tidak mahu sesekali menyakitkan dan menghancurkan hati wanita yang lain.

“Tolong doakan yang 'single' je mai. Muda sikit boleh lah muda sangat pun pening jugak. Macam bela budak,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Make A Full Stop Dear, Hidup Dengan Tenang & Fokus Anak-Anak” - Lufya Beri Nasihat, Kata Semangat Buat Puteri Sarah

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Tahan Difitnah Bekas Suami & Kekasih! Akhirnya Lufya Tampil ‘Bela Diri’ - “Kamu Berdua Telah Menyusahkan Saya Dari Segi….”

Terdahulu, Lufya pernah berkahwin dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 namun bercerai pada pada 17 Jun 2020.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia tujuh tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024