Antarabangsa
Guna cat tin conteng Lamborghini SVJ, ingat buruk tetapi…
Dalam proses mengecat kereta atau motosikal, boleh dikatakan ramai antara mereka sanggup menggunakan cat yang berkualiti dengan menghantar ke bengkel.
Bagaimanapun, ada juga yang mahu berjimat dan menggunakan cat dalam tin untuk mengecat kenderaan mereka.
Kadang-kadang benda yang murah seperti cat dalam tin juga akan memberi hasil mengagumkan, jika dibuat dengan teliti dan cermat.
Seperti video ini apabila Lamborghini Aventador SVJ dihiasi dengan cat tin yang dimuat naik oleh alecmonopoly dalam Instagramnya. Video itu sudah ditonton lebih 450,000 kali.
Proses menconteng jentera berprestasi daripada Itali itu dilakukan di kawasan terbuka dan ia dipenuhi penonton untuk melihatnya. Ramai daripada mereka merakam video dengan menggunakan telefon pintar masing-masing kerana ia adalah satu perkata pelik.
Buat pengetahuan anda, Lamborghini Aventador SVJ dijana enjin V12 inspirasi biasa dengan berkapasiti 6.5 liter yang menyalurkan 759hp.
Ia boleh memecut 0-100km/j dalam 2.8 saat dengan kelajuan maksimum mencecah lebih 350km/j.
Must-Watch Video