LEGO Group melancarkan permainan terbarunya, LEGO® Creator Expert menerusi model Harley-Davidson Fat Boy yang akan tiba di pasaran bermula 1 Ogos ini.

Model LEGO Harley-Davidson Fat Boy itu adalah hasil kerjasama dengan Harley-Davidson yang mempunyai 1,023 blok yang turut hadir bersama rim, tangki, meter kelajuan dan dua ekzos.

Model itu bersaiz 20cm tinggi, 18cm (lebar) dan 33cm panjang dengan ciri beberapa komponen yang boleh bergerak. Jika pusing roda belakang, anda boleh melihat omboh bergerak pada enjin Milwaukee-Eight®. Ia hadir dengan kemasan merah gelap dan hitam serta padanan logo Harley-Davidson.

Ketua Pereka LEGO Group, Mike Psiaki berkata, menghasilkan motosikal Harley-Davidson untuk hidup dalam bentuk blok adalah sangat menarik.

"Model itu benar-benar menawan dengan reka bentuk ikoniknya, kejuruteraan terkini dan kemasan pada motosikal ikonik ini memberi pengalaman menarik buat peminat Harley-Davidson serta LEGO,” katanya.