Harley-Davidson akan membuka pengedar rasmi di Johor untuk menampung pasaran selatan yang juga pasaran motosikal ketiga terbesar di Malaysia.

Dikenali sebagai Harley-Davidson Of Johor Bharu, terletak di Jalan Skudai yang akan dikendalikan di bawah Goh Brothers Motorcycles Sdn Bhd, sebuah syarikat di bawah Goh Brothers Capital.

Ia juga mengendalikan dua pengedar lain seperti Harley-Davidson di Petaling Jaya dan Pulau Pinang yang dilantik oleh Didi Resources Sdn. Bhd, selaku pengedar rasmi Harley-Davidson di Malaysia.

Kemudahan itu dibina atas keluasan 12,00 kaki persegi yang menawarkan pelbagai model Harley-Davidson, barangan umum Harley-Davidson serta aksesori tulen.

Pada masa sama, ia turut dilengkapi perkhidmatan selepas jualan yang terbaik dalam kelasnya yang mempunyai komponen lengkap serta pelbagai aksesori.

Pengerusi Goh Brothers Capital, Goh Kian Sin memaklumkan bahawa pihaknya terus mempercayai jenama Harley-Davidson dan mengambil kesempatan untuk melabur dan membina pusat pengedar itu.

Pada masa sama, Harley-Davidson of Johor Bharu komited dalam merekrut dan mengambil individu yang berkelayakan dalam semua jawatan.