Hobi adalah sesuatu yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Banyak kebaikan yang kita boleh dapat melalui hobi.

Ia juga mampu membuatkan seseorang itu lebih kreatif disamping boleh mengisi masa terluang daripada melakukan perkara yang tidak bermanfaat.

Bagi mereka yang meminati motosikal atau apa sahaja kenderaan idaman, pasti menyimpan hasrat untuk memilikinya.

Adakah setiap impian itu menjadi kenyataan? Namun ia tidak mustahil jika kita sendiri boleh membina kenderaan itu dengan menggunakan kit maianan yang menyerupai jentera impian anda.

Paparan kali ini, drebar.my menampilkan dua sahabat iaitu Mohd Shahir dan Rafie Noh yang amat mahir dalam memasang serta mengumpul kit mainan yang menyerupai kenderaan sebenar.

Bagi mereka, hobi seperti ini memerlukan minat serta tahap kesabaran yang tinggi.

Setiap kit mainan didatangkan adalah lengkap, namun ada juga beberapa aksesori yang terpaksa beli berasingan bagi membuatkan model itu lebih menarik.

Selain itu, kreativiti dan fokus sangat diperlukan ketika hendak memasang kit mainan mengikut kehendak masing-masing.

Jika tersilap langkah, kit mainan yang sudah diwarnakan atau dipasangkan dengan pelekat perlu diperbaiki semula.

Setiap kit mainan mengambil masa dua sehingga empat minggu untuk disiapkan bergantung kepada konsep yang ditampilkan.

Harganya pula bergantung kepada jenama atau model kenderaan. Dengan ketelitian tinggi serta hasil kerja tangan yang kreatif mampu menghasilkan produk berkualiti serta kemas.

Ia bakal memuaskan hati bukan sahaja pembuatnya, malah mereka yang melihatnya juga pasti terpukau.

Dengan hasil kerja yang hebat, mereka juga mengambil upah untuk memasang kit mainan yang mahu mengilhamkan kenderaan mereka kepada kit mainan. Upah yang dikenakan sangat berpatutan.

Koleksi yang dipaparkan, kita boleh tahu hasil kerja mereka sangat hebat!