Sempena menyambut pencapaian 900,000 jualan, Honda Malaysia menganjurkan “Road to 900,000th Unit Milestone Campaign” Grand Finale yang bakal diadakan di tempat parkir terbuka Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 dan 29 September ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, kempen dengan tagline Terima Kasih 900K itu dianjurkan bagi mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, buat masa ini, kempen itu menerima sambutan yang menggalakkan yang mana pihaknya menyediakan sembilan kenderaan Honda sebagai hadiah.

“Kami juga mengadakan Grand Finale untuk meraikan pencapaian itu dengan rakyat Malaysia serta menyampaikan sembilan kereta Honda kepada pemenang bertuah.

“Bagi pihak Honda Malaysia, saya menjemput rakyat Malaysia menyertai sambutan itu serta menyertai aktiviti yang sesuai bagi semua peringkat umur sama ada kanak-kanak atau dewasa. Selain itu, kami juga akan mempamerkan Honda Civic kepada pengunjung,” katanya.

Bertema Frontier of Innovation, pengunjung boleh mengalami teknologi termaju generasi akan datang Honda seperti pengimbas X-ray Sport Hybrid i-DCD dan VTEC Turbocharged Game Tower.

Di samping itu, Honda Malaysia menyediakan pelbagai permainan dan aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga seperti Giant Water Slide, paparan Insta-Luminous, Pedal Cart, Simulator Perlumbaan dan banyak lagi.



Sementara itu, Honda Malaysia mengumumkan pemenang bertuah kedua Road to 900,000th Unit Milestone Campaign, Lim Hong Ngee dari Setapak yang memenangi HR-V.

Dengan dua pemenang yang sudah diumumkan, tujuh lagi model Honda masih diundi untuk dimenangi oleh rakyat Malaysia yang bertuah.

Untuk mendaftarkan atau untuk maklumat lanjut mengenai "Road to 900,000th Unit Milestone Campaign", anda boleh masuk ke laman web honda.com.my/microsite/900k atau lawati laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/ hondamalaysia /