,
Antarabangsa

Honda BeAT 2020 Guna Enjin eSP Baharu, 1 Liter Bahan Api Boleh Tunggang 59.1km

Erywan
12/10/2020
04:26 MYT
Bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan permintaan pasaran, Honda Boon Siew melancarkan Honda BeAT baharu dengan ciri yang dinaik taraf termasuk enjin dan kerangkanya.
Honda BeAT baharu dikuasakan oleh enjin eSP baharu dengan sistem pembakaran suntikan PGM-FI. Teknologi enjin terbaharu itu menghasilkan kuasa sebanyak 8.7hp pada 7.500rpm dan tork maksimum sebanyak 9.53Nm pada 5500rpm.
Enjin eSP juga mematuhi piawaian Euro 4 dan memenuhi standard kenderaan cekap tenaga EEV (Energy Efficient Vehicle) dengan peningkatan prestasi penggunaan bahan api sebanyak 59.1 km / liter (mod ujian WMTC).
Keselesaan menunggang yang lebih baik kini dicapai dengan penggunaan kerangka baharu yang mudah dikendalikan dengan inovasi teknologi terbaharu eSAF, bagi menghasilkan sebuah motosikal yang berprestasi tinggi dan ekonomik.
Teknologi eSAF telah membolehkan penggunaan ruang penyimpanan dengan lebih baik. Hasilnya, kapasiti tangki minyak kini meningkat dari 4.0l kepada 4.2l dan ruang penyimpanan barangan kini 11.7l dengan kenaikan 0.5l dari model terdahulu. Berat keseluruhan Honda BeAT ini juga dikurangkan sebanyak 4kg kepada 90kg.
Pada masa sama, Honda BeAT menampilkan lampu depan LED baharu, meter kelajuan reka bentuk baharu, cermin sisi yang direka semula, rim dikemas kini, tuas penguncian brek baharu dan pembuka tempat duduk juga baharu. Lampu belakangnya juga dipertingkatkan dengan lampu belakang dan lampu isyarat serba baharu.
Boon Siew Honda meneruskan usahanya dengan mengutamakan keselamatan jalan raya, dan Honda BeAT 2020 baharu ini terus menggunakan sistem brek CBS (Combi Brake System). Sistem brek hakcipta Boon Siew Honda memberi jarak hentian lebih pendek, dan memberikan kawalan jentera yang baik oleh pengendalinya.
Honda BeAT 2020 juga dilengkapi dengan sistem hentian pintar Smart Lock System, yang memastikan brek kekal aktif sebelum menghidupkan atau memberhenti motosikal ini dengan selamat bagi mengelakkan pergerakan motosikal yang tidak disengajakan. Selain itu, suis tongkat sisi secara automatik akan mematikan enjin apabila tongkat sisi diturunkan.
Skuter yang bergaya ini hadir dalam empat warna gaya hidup aktif iaitu Vivacity Red, Force Silver Metallic, Pearl Nightfall Blue dan Space Magenta Metallic.
Harga Hoda BeAT 2020:
  • RM5,555
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."

gempak
27/06/2024
05:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Dua Pemandu Saling Berhimpit Hingga Kemalangan, Netizen Bincang Salah Siapa

gempak
08/04/2024
06:30 MYT
Sepotong klip video rakaman dashcam memaparkan aksi dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlaku kemalangan tular baru-baru ini.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Laman Utama

“Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?

gempak
23/06/2022
05:20 MYT
Alamak orang macam ni pun ada?
Unitar