Antarabangsa

Honda CBR 1000RR-R milik DNA dan teknologi MotoGP

gempak
Erywan
05/11/2019
05:52 MYT
Sponsor Banner
Honda CBR 1000RR-R milik DNA dan teknologi MotoGP
Padanan sirip sisi seperti jentera MotoGP dan hadir reka bentuk enjin dan casis seakan-akan model RC213V menjadikan Honda CBR 1000RR-R sebuah motosikal yang cukup istimewa.
Penambahan huruf ‘R’ dihujungnya boleh dianggap ia sebagai jentera istimewa selepas memiliki DNA dan teknologi daripada motosikal lumba MotoGP.
Ketua projek Honda CBR 1000RR-R, Yuzuru Ishikawa mentakrifkan Honda CBR1000RR-R sebagai ‘Ia adalah jentera lumba yang terbaik, tetapi sesuai untuk jalan raya biasa”.
Lihat kepada perinciannya, Honda CBR 1000RR-R dijana enjin empat silinder DOHC bersesaran 999cc yang sangat kompak dan mematuhi piawaian Euro 5.
Ia juga menerima sentuhan HRC yang mana bore dan stroke adalah sama seperti jentera RC213V. Pada masa sama, jentera itu dilengkapi dengan teknologi pengurangan geseran daripada RC213V-S serta menggunakan rod penyambung (con-rod) titanium.
Gabungan beberapa komponen baharu pada rangkaian kuasa, Honda CBR 1000RR-R berkeupayaan menghasilkan 214.5hp pada 14,500rpm dan tork setinggi 113Nm pada 12,500rpm sekali gus menjadi model CBR1000 paling berkuasa setakat ini.
Sistem ekzosnya berciri 4-2-1 yang mana dihujungnya menggunakan peredam jenama popular iaitu Akrapovic. Ia juga untuk membuatkan tork enjin lebih baik pada RPM sederhana.
Bagi mengurangkan beratnya, Honda CBR 1000RR-R dipadankan dengan kerangka aluminium rekaan baharu, selain lengan ayun (swingarm) lebih panjang seperti model RC213V-S dan padanan tayar lebar iaitu 200/55-ZR17.
Pengendalian di hadapan diperkuatkan dengan fork Showa yang digabungkan Showa Balance Free Rear Cushion Light (BFRC-L) dengan cakera brek lebih besar 10mm dengan padanan kaliper Nissin empat omboh. ABS juga boleh diubah untuk tunggangan di litar (Sport/Track).
Pada ruang kokpit, penunggang boleh melihat paparan TFT lima inci yang menyalurkan segala maklumat berhubung jentera. Ia juga ditawarkan dengan Kunci Pintar serta Start Mode (Launch Control) didatangkan sebagai standard.
Pada masa sama, ia juga ditawarkan dengan varian SP yang menerima tambahan komponen berpresrasi iaitu Brembo dan Ohlins.
Suspensi Ohlins yang digunakan adalah semi-aktif generasi kedua di belakang, manakala fork hadapan Ohlins NPX. Sistem brek pula adalah padanan teknologi terbaru Brembo dengan empat omboh di hadapan, dan belakang menggunakan kuasa hentian sama seperti RC213V-S turut jenama sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live