Hiburan

Intan Najuwa Tak Setuju Ada Budaya Buli Di Set Lakonan - " Lebih Baik Tak Payah Kerja”

gempak
Asyraf Roslan
20/11/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Intan Najuwa Tak Setuju Ada Budaya Buli Di Set Lakonan - " Lebih Baik Tak Payah Kerja”
Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kecewa apabila ada pelakon baharu mendakwa mereka dibuli di set penggambaran.
Menurut Intan, sepanjang dia menceburi bidang lakonan dia tidak pernah dibuli dengan mana-mana pelakon yang lebih senior dan kebanyakan daripada mereka hanya memberi teguran untuk menambah baik kualiti lakonannya.
“Sepanjang saya berlakon, tak ada pun budaya buli membuli dekat set. Most of the time, I'm acting with people who are more experienced than me, and they're super talented.
“Tapi tiada siapa pernah membuli saya dan mereka hanya memberi nasihat dan teguran. Teguran yang diberikan kepada kita adalah untuk menambah baik kualiti lakonan kita.
“Dan jika perkara tersebut dianggap sebagai buli, lebih baik tak payah kerja,” kata Intan menerusi hantaran di Instagram story.
Pada masa sama, pelakon yang popular dengan drama Jodohku Babysitter itu juga berkata bahawa lakonan bukan sekadar menghafal skrip semata-mata.
Jelasnya, jika berlaku sesuatu diluar jangka ketika pengambaran, pelakon seharusnya bersedia dan menghayati watak yang diberikan sebaik mungkin.
“Dia juga cakap bila rehearsal lain, bila dah take tukar dialog lain, so budak baru tak boleh jawab”
“Lakonan bukan sekadar menghafal skrip. Ia bagaimana kita menghayati babak itu dan menjiwai karakter yang kita sepatutnya jadi.
“Jika pelakon lain melontarkan dialog yang tiada dalam skrip, anda sepatutnya boleh membalasnya. Kalau hanya menghafal skrip anda akan rasa terperangkap.
“Sebab itu setiap pelakon perlu belajar menghayati watak dan ia bukan senang,” ujar Intan.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, juga mengingatkan kepada pelakon-pelakon lain bahawa bidang lakonan bukan hanya untuk mengejar populariti.
Mereka seharusnya tahu apa yang anda ceburi dan bukannya menyalahkan orang lain.
“Saya tidak cakap saya dalah pelakon yang baik, namun sebelum anda masuk bidang ini anda perlu tahu apa yang anda ceburi.
“Lakonan bukan sekadar mengejar populariti. You've gotta know your stuff and always be working on getting better. And don't go blaming others.
“Tolong la sebelum jawab soalan, fikir dulu. Jawab dengan matang & proper sikit. Kalau rasa tak boleh jawab, tak payah keluarkan statement apa-apa. Malu lah jawab like this,” tambahnya.
Terdahulu, Pelakon Alif Muhaimin, mendakwa budaya buli di antara pelakon senior dan junior masih lagi berlaku sehingga hari ini.
Menurut Alif atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman, perkara ini seolah-olah sudah dinormalisasikan hanya kerana ia berlaku sejak zaman berzaman.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024