PT Astra Honda Motor (AHM) melancarkan sportbike baharunya menerusi CBR150R yang dijual pada harga bermula 35.9 juta rupiah (RM10,338) bagi pasaran Indonesia.
Generasi terbaru itu, kini mendapatkan rekaan terkini dengan suspensi upside down (terbalik) dengan fairing depan yang kelihatan seolah-olah mengambil dari rekaan CBR250RR.
Selain itu, ia dilengkapi ciri lain seperti Anti-lock Braking System (ABS) yang disertai Emergency Stop Signal (ESS). Panel instrumen masih mempertahankan penampilan digital penuh.
Prestasinya pula, CBR150R menggunakan enjin DOHC silinder tunggal bersesaran 150cc dengan penyejuk cecair. Enjin terbabit mampu menghasilkan tenaga maksimum sehingga 17.1PS pada 9,000rpm dan tork puncak mencapai 14.4Nm pada 7,000rpm.
Tenaga terbabit dipadukan dengan transmisi enam kelajuan Slipper Clutch yang menyampaikan kuasa dari enjin ke roda belakang dengan lebih baik. Jentera itu mampu memecut dari 0-200 meter hanya dengan 10.6 saat dengan kelajuan maksimum 127 km/j.
Berat jentera itu antara 137 sehingga 139kg bergantung kepada varian dengan mempunyai tangki bahan api mencecah 12 liter. Agak besar tangki minyak jentera ini, nampaknya sekali isi, boleh pergi jauh.
Selain varian ABS, AHM turut menawarkan yang tidak mempunyai sistem itu, namun harganya bermula Rupiah 35.9 juta (RM10,338). Bagi varian ABS pula, ia dijual bermula Rupiah 39.9 juta (RM11,490).
Erywan
Wed Jan 13 2021


“Patut Ramai Sayangkan Dia…”- Fasha Sandha Dedah Sikap Alvin Chong Yang…
Fasha Sandha Dedah Sikap Alvin Chong Yang…

Covid-19: Selangor Kembali Rekod Negeri Kes Tertinggi, 8 Kematian Baharu
Selangor turun kejap je semalam

Pilih Jejaka British & Terima Hantaran Sebuah Rumah- Haliza Misbun Akhirnya Berkahwin
Haliza Misbun Akhirnya Berkahwin

Maia Estianty Positif COVID 19 Kali Kedua

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Terima Suntikan Kedua Vaksin Covid-19
Wah dah terima suntikan kedua!

Serina Nafi Nikah Di Siam, Jelaskan Status Suami: "Berhentilah Buat Fitnah"
Bapanya, Cef Wan mendakwa dia telah menikah di Siam

PU Mizi Dimasukkan Ke CCU Akibat Masalah Jantung
Moga cepat sembuh PU Mizi

Tiru Karakter Sampai Dapat Standing Ovation Juri Di Final MLS2, Atu Mohon Maaf Kepada Anuar Zain
Atu bersama U.N.I mendapat naib juara
.jpg?ext=.jpg)
#OhAbeNik: #GengFipper Atau #GengBata, Pasal Selipar Pun Nak Bertekak?
Berperang gara-gara 'muslim friendly'.

Dibesarkan Sebagai Penganut Kristian Yang Setia, Reza Rahadian Dedah Mengapa Pilih Peluk Islam
Reza juga bersekolah di sekolah aliran Kristian