ANTARABANGSA
Honda CBR250RR Versi 2020 Kuasa Lebih Tinggi 3hp
Honda baru-baru ini melancarkan CBR250RR (2020) ke pasaran Jepun dan kemudian sehari selepas itu Indonesia pula memperkenalkan sportbike suku liter terbabit.
Honda CBR250RR (2020) kali ini didatangkan dengan enjin yang dipertingkatkan, selain dilengkapi ciri Klac Assist dan Slipper dan Quick Shifter.
Enjin 250cc kini menghasilkan kuasa 41PS pada 13,000rpm (+3PS) dan tork 25Nm pada 11,000rpm (+2Nm). Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan manual.

Bahagian kuasa dapat dipertingkatkan dengan mengoptimumkan sistem ambilal (intake) dan mengubah struktur dalaman mufler, namun bentuknya masih lagi sama.

Di Jepun, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) didatangkan standard untuk semua varian. Pengguna Jepun ditawarkan dengan empat pilihan warna:
- Grand Prix Red (tiga warna) - 854,700 yen (RM34,060)
- Matt Gun Powder Black Metallic (hitam), Pearl Glare White (putih), Grand Prix Red (merah) - 821,700 yen (RM32,740)



- Bravery Red Black - Rp76,700,000 (RM22,347)
- Honda Racing Red - Rp77,300,000 (RM22,521)
- Special Edition Garuda x Samurai - TBC
Keselesaan tunggangan CBR250RR (2020) diserahkan kepada suspensi teleskopik terbalik USD (depan) dan Monoshock dengan swingarm Prolink (belakang) yang kemudian dipadankan dengan brek cakera hidraulik di depan serta belakang.
Must-Watch Video