,
Tempatan

Honda CBR500R, CB500F dan CB500X edisi 2019 dijual bermula RM33,999

Erywan
19/06/2019
06:58 MYT
Sejak diperkenalkan pada peringkat global pada enam tahun lalu, motosikal segmen pertengahan menerusi model Honda CBR500R, CB500F dan CB500X kembali dengan ciri dipertingkatkan menerusi versi 2019.
Bagi versi 2019, ketiga-tiga model itu dilengkapi dengan Sistem Brek Antikunci (ABS) termasuk brek belakang, klac assist/slipper, lampu LED dan meter kelajuan LCD yang dilengkapi ciri posisi gear dan petunjuk tukar gear.
Ia juga berkongsi enjin silinder berkembar selari bersesaran 471cc yang menyalurkan 37kW pada 8,500rpm dengan tork setinggi 45Nm pada 6,500rpm.
Pada masa ia dipadankan dengan kerangka tube-diamond yang memberi ketegaran seimbang, sekali gus mengurangkan getaran. Bentuk dan posisi pendakap enjin terletak berhampiran dengan lengan ayun untuk memberi ketangkasan pengendalian.
Bagi memudahkan anda mengetahui pembaharuannya, kita senarai mengikut modelnya
Honda CBR500R
Ini adalah model fairing penuh yang hadir tampil lebih agresif. Faringnya lebih condong ke bawah untuk tampak sporty untuk kelajuan.
Selain meter kelajuan LCD, sistem ambilan, ekzos dan pemasaan injap yang memberi lebih empat peratus tork dan kuasa pada julat pertengahan.
Ia ditawarkan dengan tiga warna iaitu Grand Prix Red, Mat Axis Gray Metallic dan Pearl Metalloid White. Ia dijual pada harga RM34,499.
Honda CB500F
Jentera dua roda ini kelihatan agresif seperti menampilkan model streetfighter. Bagi memberi pengendalian lebih baik, ia memiliki penyerap hentak tunggal yang mampu memberi kawalan lebih baik.
Berikutan ia motosikal naked, enjinnya dipamerkan dengan sempurna pada kerangka. Peredam ekzosnya juga memiliki dua corong yang mana memberi bunyi lebih padu.
Motosikal ini turut ditawarkan dengan tiga warna membabitkan Grand Prix Red, Mat Gun Powder Black Metallic dan Pearl Metalloid White yang dijual pada RM33,999.
Honda CB500X
Model ketiga CB ini adalah segmen touring. Pembaharuan yang dilakukan adalah menggunakan rim 19 inci untuk hadapan yang sebelum ini menggunakan 17 inci. Rim itu juga menggunakan material aluminium untuk lebih ringan.
Ia dipadankan suspensi jelajah yang mana memberi keselesaan dan lebih keyakinan ketika menunggang pada permukaan jalan lasak.
Tawar tiga warna iaitu Grand Prix Red, Mat Gun Powder Black Metallic dan Pearl Metalloid White. Berbanding dua model itu, Honda CB500X ini sedikit mahal apabila dijual RM36,099.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."

gempak
27/06/2024
05:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Dua Pemandu Saling Berhimpit Hingga Kemalangan, Netizen Bincang Salah Siapa

gempak
08/04/2024
06:30 MYT
Sepotong klip video rakaman dashcam memaparkan aksi dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlaku kemalangan tular baru-baru ini.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Laman Utama

“Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?

gempak
23/06/2022
05:20 MYT
Alamak orang macam ni pun ada?