Tempatan

Honda Civic baharu bakal dilancarkan, ini ciri-ciri baharu yang kami tahu setakat ini

gempak
Erywan
16/10/2019
05:56 MYT
Sponsor Banner
Honda Civic baharu bakal dilancarkan, ini ciri-ciri baharu yang kami tahu setakat ini
Selepas tiga tahun pengenalan generasi ke-10 Honda Civic, model segmen C paling laris di Malaysia itu sudah pun dijual melebihi 50,000 unit yang dicatatkan sehingga Ogos lalu.
Kini tiba masanya pula untuk memberi laluan kepada Civic baharu yang bakal dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Model baharu itu hadir dengan beberapa pembaharuan seperti penampilan luaran serta padanan teknologi yang lebih canggih berbanding sebelumnya.
Buat pengetahuan anda juga, Honda Malaysia Sdn Bhd sudah mengumumkan bahawa model berkenaan boleh ditempah di 98 Pengedar Sah Honda di seluruh negara bermula September lalu. Jadi bagi memudahkan anda mengetahui ciri utama yang ada Civic baharu ini, kami perincikannya mengikut bahagian seperti berikut:

Civic baharu ada Honda SENSING
Bagi memastikan Civic baharu terus meneraju segmen C di Malaysia, ia kini dilengkapi dengan ciri teknologi keselamatan canggih iaitu Honda SENSING. Pemandu kini bukan sahaja boleh menetapkan kelajuan yang dikehendaki untuk pemanduan cruising, tetapi juga boleh memilih jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.
Hanya menekan beberapa butang, kenderaan secara automatik meluncur dalam kelajuan yang ditetapkan. Bagaimanapun, sekiranya ada kereta lain di hadapan, kenderaan dengan Honda SENSING akan diperlahankan dengan sendirinya supaya mengikut dengan selamat pada jarak yang ditetapkan.
Jika laluan kembali lancar, kenderaan dengan Honda SENSING akan memecut kembali pada kelajuan ditetapkan. Pemandu tidak lagi perlu menekan minyak atau pun brek ketika cruising sekali gus mampu mengurangkan kepenatan memandu, terutamanya ketika pemanduan jarak jauh di lebuh raya.
Pada masa sama, Honda SENSING boleh berfungsi dalam kesesakan jalan raya. Kenderaan akan berhenti sepenuhnya, dan bergerak semula, mengikut arus kereta di depannya, tanpa perlu pemandu membrek dan menekan semula padel minyak.
Semua fungsi di atas beroperasi dengan 8 ciri-ciri Honda SENSING membabitkan Adaptive Cruise Control (ACC) with Low Speed Follow (LSF), Forward Collision warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW) dan Auto High-Beam.

Pemanduan lebih selamat

Selain memberi kesenangan kepada pemanduan, Honda SENSING juga mampu meningkatkan keselamatan untuk pencegahan perlanggaran bahagian hadapan dan sisi.
Sekiranya terdapat risiko perlanggaran hadapan dimana kereta bergerak terlalu hampir dengan kenderaan di depan, Honda SENSING akan memberi amaran visual dan audio kepada pemandunya. Seterusnya, jika pemandu tidak memberikan tindak balas sepatutnya, Honda SENSING akan bertindak dengan memberi bantuan membrek kenderaan secara automatik supaya dapat diberhentikan secepat mungkin, agar perlanggaran dapat dielakkan atau diminimumkan untuk menyelamatkan nyawa.
Honda SENSING turut memberikan perhatian terhadap keselamatan pada bahagian sisi kenderaan. Ciri ini dapat berfungsi kerana Honda SENSING menggunakan kamera monokular untuk mengesan garisan jalan pada kedua-dua sisi kenderaan dan membantu pemandu kekal pada lorong. Kebanyakan perlanggaran sisi berlaku kerana kelekaan pemandu kenderaan yang tanpa sedar terkeluar dari lorongnya.
Sekiranya situasi ini terjadi, Honda SENSING akan memberikan amaran visual dan audio kepada pemandu. Amaran akan diberikan ketika kenderaan mendekati garisan jalan tanpa lampu isyarat diaktifkan. Pada masa sama, stereng akan bergetar untuk menyedarkan pemandu yang terleka.
Jika pemandu tidak membuat sebarang tindakan dan kereta mula keluar dari lorong, Honda SENSING bertindak aktif dengan bantu membrek dan menarik stereng masuk ke laluan yang sepatutnya. Fungsi aktif inilah yang melengkapkan ciri-ciri keselamatan Honda SENSING dan meletakkannya satu aras lebih tinggi berbanding pesaingnya.
Pada masa sama, Civic baharu ini juga dilengkapi ciri keselamatan lain seperti enam bag udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Anti-kunci Brek (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek, (BA), Lampu Isyarat Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA), Camera undur pelbagai sudut dan ISO fix tempat duduk kanak-kanak.

Ciri baharu serta padanan Kamera Honda LaneWatch

Bagi memberi lebih nilai kepada Civic baharu, ia kini didatangkan kamera Honda LaneWatch untuk memberi pandangan yang lebih jelas terutama bagi kawasan titik buta untuk mengesan kenderaan kecil seperti motosikal di bahagian sisi kiri kenderaan yang sukar dilihat menerusi cermin sisi. Civic baharu juga dilengkapi ciri-ciri lain seperti Penghidup Enjin Kawalan Jauh, Brek Parkir Elektrik dan Sensor bahagian hadapan.

Penampilan sporty dan kemas

Bukan sahaja lengkap dengan ciri teknologi tercanggih dari Honda, Civic baharu juga menerima peningkatan bahagian luarannya supaya tampak lebih segar dan kemas. Gayanya kini lebih menarik dengan padanan perumah lampu utama dengan Honda Signature LED serta dilengkapi lampu kabus LED. Ciri baharu lain juga boleh dilihat menerusi jeriji dengan kemasan hitam, bampar hadapan dan belakang, spoiler pada but dan rim aloi 18 inci.

Enjin 1.5 liter turbocharged ada kuasa

Sebagai kenderaan ikonik Honda, ia tampil sebagai kenderaan yang menarik, menyeronokkan dan dinamik selepas dijana dengan enjin 1.5 liter VTEC Turbocharged. Enjin itu mengekstrak kuasa 173PS dengan tork setinggi 220Nm, yang mana ia menyamai prestasi enjin 2.4 liter. Kuasa daripada enjin itu disalurkan ke kotak gear CVT yang menawarkan prestasi seimbang antara pemanduan menyeronokkan serta penjimatan bahan api.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman sesawang www.honda.com.my atau berkunjung ke Pengedar Sah Honda yang berdekatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024