ANTARABANGSA
Honda Civic Kekal No. 1 Segmen C Di Malaysia
Honda Civic yang dilengkapi Teknologi Generasi Termaju kekal sebagai model paling laris dalam segmen C di Malaysia dengan menguasai pasaran sehingga 70 peratus.
Ia mencatatkan jualan sehingga 2,900 unit pada tahun ini dan menjadi model ketiga terlaris dalam barisan keluaran Honda Malaysia.

Sehingga Jun lalu, sudah 6,500 tempahan dibuat bagi Honda Civic dan tempoh penghantaran kepada pelanggan mencecah sehingga sebulan serta stok mencukupi dengan permintaan pelanggan.
Pembaharuan utama pada Civic adalah kini dilengkapi dengan Honda SENSING, iaitu pakej keselamatan canggih dan maju yang juga terdapat pada CR-V dan Accord.

Ia juga turut menerima fungsi Honda LaneWatch (varian 1.5TC dan 1.5TC-P), iaitu kamera pada cermin sisi kiri yang akan membantu pemandu memantau kawasan titik buta di bahagian itu.
Dari segi penampilannya, Honda Civic baharu itu dilengkapi kemasan hitam di gril depan berbanding krom pada sebelum ini. Lampu depan LED dan lampu kabus LED adalah standard.

Ruang dalaman memiliki karakter seperti seperti kenderaan segmen-D dengan tempat duduk kulit, penggilap cermin depan automatik, tempat duduk pemandu berkuasa dengan 8-pelarasan, dan penampilan suis stereng yang dikemaskini.
Dari segi prestasinya, varian 1.5TC-P dan 1.5TC menggunakan enjin 1.5-liter VTEC Turbo L15B7 yang menjana 173hp dan 220Nm tork. Untuk varian 1.8S pula, enjin 1.8-liter naturally-aspirated ini menghasilkan 141hp dan 174Nm tork. Tidak kira enjin mana pun, transmisi adalah sama iaitu CVT Earth Dreams.
Ciri standard lain adalah brek parkir elektrik, butang hidup enjin kawalan jauh, unit infotainmen dengan paparan 7-inci, 6 beg udara, pengesan parkir depan, Vehicle Stability Assist, Agile Handle Assist, ABS, EBD, Brake Assist, Emergency Stop Signal, Hill Start Assist dan kamera undur.

Civic 1.8S
- Standard – RM109326.51
- White Orchid Pearl – RM109,599.24
Civic 1.5TC
- Standard – RM125,081.09
- White Orchid Pearl – RM125,353.82
Civic 1.5TC-P
- Standard – RM134,661.28
- White Orchid Pearl – RM134,934.00
Must-Watch Video