Antarabangsa
Honda Civic - Kereta Segmen C, Dengan Ciri-Ciri Segmen D. Model 2020, Anda Dapat Lebih Lagi!!!
Peneraju kenderaan segmen C di Malaysia, Honda Civic Baharu secara rasminya dilancarkan di negara ini pada hujung Februari lalu.
Civic generasi ke-10 yang menjadi model kegemaran rakyat di Malaysia ini kini dilengkapi dengan Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Seterusnya, Honda SENSING™ seperti model Accord, CR-V dan Odyssey.
Ia juga menjadi model Jepun pertama keluaran tempatan secara besar-besaran dalam segmen C yang ditawarkan dengan 8 ciri penuh keselamatan termaju itu.
Honda SENSING™ adalah sistem bantuan pemanduan berteknologi canggih Honda yang bertujuan untuk membantu pemandu kekal selamat ketika memandu dengan mengelak atau mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Ia juga mempunyai ciri-ciri bantuan pemanduan aktif agar perjalanan menjadi lebih selesa.
Selain itu, Civic Baharu juga adalah kenderaan yang sempurna untuk pembeli, kerana kereta segmen C ini dilengkapi ciri-ciri sebuah kereta segmen D yang lebih premium membabitkan:
- Honda LaneWatch
- Penghidup Enjin Kawalan Jauh
- ‘Walk Away Auto Lock’
- Tempat Duduk kulit dengan rekabentuk kemasan baharu
- Sensor Hadapan Baharu
- Pengilap Cermin Hadapan Automatik Baharu
- Tempat Duduk Pemandu Berkuasa dengan 8 Talaan
Disebabkan model Civic sebelum ini mempunyai banyak ciri-ciri yang terbaik dalam kelasnya, Honda Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan pelbagai ciri keselamatan sedia ada dalam Civic Baharu. Antaranya seperti Enam Beg Udara, ‘Vehicle Stability Assist’ (VSA), ‘Agile Handle Assist’ (AHA), ‘Hill Start Assist’ (HSA), ‘Emergency Stop Signal’ (ESS), Sistem Brek Anti-Kunci (Anti-lock Braking System), ‘Brake Assist’ (BA), ‘Auto Brake Hold’ (ABH) dan ISOFIX pada tempat duduk belakang.
Dari segi kuasanya, Civic baharu menawarkan dengan dua pilihan enjin seperti model sebelum ini. Bagi varian 1.5TC dan 1.5TC-P, ia menggunakan enjin 1.5L VTEC Turbocharged dengan menyalurkan 173PS dan tork 220Nm. Prestasi itu menyamai seperti rangkaian kuasa berkapasiti 2.4 liter.
Untuk varian 1.8S pula, ia dikuasai enjin 1.8L i-VTEC dimana sesuai untuk penggemar enjin aspirasi biasa dengan output 141PS dan tork 174Nm. Apa yang lebih bagus, kedua-dua enjin itu diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle).
Setelah kami bawa anda mengenali ciri-ciri yang ada pada Civic baharu ini, pasti anda tertanya-tanya akan harga yang ditawarkan untuk kereta segmen C yang mempunyai ciri-ciri hebat segmen D ini.
Harga atas jalan bagi Civic Baharu mengikut varian adalah :
- Civic 1.8S-RM109,326.51*
- Civic 1.5TC-RM125,081.09*
- Civic 1.5TC-P-RM134,661.28*
Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Civic baharu ini, layari laman web rasmi Honda iaitu www.honda.com.my.
Ciri-ciri yang dinyatakan berbeza mengikut varian. *Harga atas jalan sepanjang jangkamasa diskaun 100% Cukai Jualan. Tertakluk pada terma dan syarat.
Must-Watch Video