Honda Malaysia Sdn Bhd membuat kejutan dengan mempertontonkan model berprestasinya, Honda Civic Type R Mugen Concept pada acara Malaysia Autoshow 2019.

Buat pengetahuan anda, Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang mempamerkan Honda Civic Type R Mugen Concept.

Apa yang menariknya jentera hatchback itu adalah padanan warna merah serta dihiasi kemasan aksesori Mugen.

Honda Civic Type R Mugen Concept dipamerkan itu masih dijana enjin 2.0 liter VTEC turbocharged yang mana menyalurkan output luar 310PS dengan tork setinggi 400Nm.

Apakah 12 aksesori Mugen itu, ini perincinya:

Luaran:

Dalaman:

>> Klik di sini untuk galeri Honda Civic Type R Mugen Concept

Namun, jentera itu tidak untuk jualan berikutan ia hanya untuk pameran sempena Malaysia Autoshow 2019.

Beberapa model lain turut dipamerkan membabitkan Honda CR-V Mugen Concept, Jazz Mugen, BR-V Special Edition, HR-V RS dan HR-V Sport Hybrid i-DCD.

Sementara itu, Honda juga mempertontonkan teknologi termajunya membabitkan Honda Sensing Cart dan Virtual Reality Sensory Experience.