Antarabangsa

Honda Lancar CB1000R Versi Facelift, Adakah Ini Beri Saingan Kepada Yamaha MT-10?

Erywan
11/11/2020
06:51 MYT
Untuk model tahun 2021, Honda CB1000R diberikan penambahbaikan yang agak menyeluruh dengan melibatkan aspek reka bentuk dan kelengkapan, serta enjin patuh piawaian emisi Euro 5.
Sekilas pandang, kelihatan seperti tiada perbezaan ketara antara model facelift ini dengan versi asal yang diperkenalkan beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, menurut Honda, panel badannya sudah direka semula supaya tampil lebih agresif, manakala lampu utamanya turut diberikan sentuhan segar. Rim tempaan aluminium kini didatangkan dalam rekaan Y-spoke yang bergaya.
Honda turut memperkenalkan versi Black Edition khas untuk mereka yang gemarkan penampilan serba hitam. Selain kemasan hitam di sekeliling badan, model ini juga didatangkan standard dengan penghadang angin hadapan dan ciri Quickshifter.
Walaupun menerima pengiktirafan Euro 5, enjin 998cc, empat silinder sebaris yang memacu CB1000R itu masih menghasilkan kuasa yang sama seperti sebelum ini iaitu 143hp pada 10,500rpm dan 104Nm pada 8,250rpm. Honda mendedahkan bahawa ini dicapai menerusi tetapan penyuntik bahan api baharu yang dikatakan turut meningkatkan respon pendikit.
Dari segi kelengkapan, skrin LCD sebelum ini sudah digantikan dengan panel TFT berwarna penuh berukuran lima inci dengan sistem Honda Smartphone Voice Control. Ini bermakna penunggang boleh menggunakan ciri arahan suara menerusi set Bluetooth untuk membuat panggilan, memainkan lagu atau menggunakan sistem navigasi pada telefon mereka.
Seperti sebelum ini, sistem suspensi CB1000R terdiri daripada Showa Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP) dan penyerap hentak boleh laras, manakala kuasa membrek dibekalkan oleh cakera berkembar berukuran 310mm di hadapan dan 256mm di belakang. Kapasiti tangki bahan api adalah 16.2 liter manakala berat keseluruhan adalah 212kg.
Biarpun sama segmen dengan Yamaha MT-10, CB1000R ini tampak sedikit retro berbanding MT-10 yang kelihatan lebih agresif. Namun, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."

gempak
27/06/2024
05:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Dua Pemandu Saling Berhimpit Hingga Kemalangan, Netizen Bincang Salah Siapa

gempak
08/04/2024
06:30 MYT
Sepotong klip video rakaman dashcam memaparkan aksi dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlaku kemalangan tular baru-baru ini.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Laman Utama

“Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?

gempak
23/06/2022
05:20 MYT
Alamak orang macam ni pun ada?