Honda Malaysia mengumumkan kempen panggil Balik (recall) membabitkan 77,708 unit kenderaan untuk tukar pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga.

Semua pemilik model yang terjejas akan dihubungi Honda melalui surat pemberitahuan. Bagaimanapun, pelanggan boleh membuat pengesahan sama ada kenderaan mereka tertakluk di bawah kempen recall terbabit dengan menggunakan aplikasi HondaTouch.

Penukaran pam bahan api itu adalah percuma dan segala kos berkaitan akan ditanggung sepenuhnya Honda Malaysia.Honda Malaysia juga menyeru pelanggan terjejas segera menghubungi mana-mana pusat pengedar Honda yang sah untuk membuat temujanji selepas menerima surat pemberitahuan terbabit.

Sehingga hari ini, tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan yang berpunca daripada isu pam bahan api bermasalah di Malaysia.

Honda Malaysia memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi dan menjamin semua model jualan sekarang tidak terjejas dalam panggil balik terbabit.

Untuk maklumat lanjut, pemilik kenderaan boleh menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my / productrecall.honda.com.my atau menggunakan aplikasi HondaTouch.

Model kenderaan yang terbabit dengan penukaran pam bahan api itu seperti: