,
Antarabangsa

Honda Sonic Dengan Kemasan Badan Ferrari

Erywan
19/04/2020
05:09 MYT
Idea kustom pada Honda Sonic ini boleh dijadikan rujukan buat pemilik kapcai tempatan. Keseluruhan badan jentera dilapisi dengan jenama supercar Itali yang cukup popular dalam kalangan golongan kayangan.
Bagaimanapun bahagian enjin kekal sama tidak berubah. Penampilan hasil sentuhan kedai di bandar Ho Chi Minh itu dipadankan dengan warna badan kuning dan hitam.
Saiz rim masih kekal sama menggunakan roda tuangan bersaiz 17-inci namun disembur dengan cat kuning bersama brek depan kaliper Nission omboh tunggal.
Berbanding dengan pesaingnya Suzuki Satria, lampu depan Sonic lebih kemas dan kelihatan sporty. Manakala kluster instrumen tampil moden dengan skrin tengah yang menampilkan kelajuan dan rpm. Penghidup motor masih lagi menggunakan cara konvensional.
Tentunya logo kuda Ferrari boleh dilihat pada banyak bahagian badan motosikal antaranya mudgad depan, sisi belakang dan fairing depan.
Lampu depan Sonic kelihatan sama dengan generasi pertama Honda Winner dan bentuk badan yang kecil dan slim menjadikan hyper-underbone itu tidak memliki ruangan simpanan di bawah pelana.
SUMBER: Zingnew
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar