,
Antarabangsa

Hot Wheels Dan Arts Of Speed Malaysia Lancar Pencarian Global Kereta Die-Cast Inspirasi Peminat

Erywan
06/10/2020
05:19 MYT
Peminat di seluruh Malaysia berpeluang untuk menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia yang pertama yang akan dikelolakan oleh Art of Speed.
Penjelajahan digital ini akan dihoskan oleh Art of Speed Malaysia dan kereta Malaysia yang menang akan diumumkan secara langsung pada 12 November di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama dan akan disiarkan di Facebook Hot Wheels secara langsung (www.facebook.com/HotWheels).
The Hot wheels Legends Tour, yang kini masuk tahun ketiga penganjurannya, adalah pencarian global untuk kereta kustom buatan peminat yang seterusnya dijadikan mainan die-cast Hot Wheels.
Hot Wheels Legends Tour 2019 adalah penjelajahan epik yang menyaksikan kehadiran lebih 110,000 peserta, mendapat lebih daripada 5,000 penyertaan, 18 finalis dan 1 pemenang.
Tahun ini, acara ini akan berlangsung secara digital dan salah satu lokasi digital akan berada di Malaysia untuk mencari pemenang untuk Hot Wheels Legends Tour (Edisi Global). Kereta sebenar rekaan khas yang menjuarai pencarian ini akan dihasilkan sebagai model skala 1:64 dan dijual untuk pasaran seluruh dunia.
Mereka yang berminat, boleh menyertai Hot Wheels Legends Tour Malaysia dengan menghantar hasil binaan mereka di https://artofspeedmy.com/hot-wheels-legends-tour/, seterusnya peserta terbaik Malaysia akan disenarai pendek di lokasi maya yang disiarkan secara langsung.
Finalis dari lokasi maya Hot wheels Legends Tour Malaysia akan menyertai semua finalis Tour Legends yang lain di Virtual Global Finale di Los Angeles pada November untuk merebut peluang mengabadikan kereta mereka sebagai kenderaan die-cast Hot Wheels yang ikonik.
The Hot Wheels legends Tour Malaysia direalisasikan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia (hos tuan rumah) dan Toys “R” Us Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Jijik Lihat Orang Awam Beramah Mesra Bersama Hot Daddy - “Dengan Pegang Anak, Tapi Gelak Gelak Dengan Bapak Ayam”

gempak
10/02/2024
14:00 MYT
Sebuah video yang memaparkan seorang gigolo yang dikenali Hot Daddy Ash beramah mesra bersama beberapa orang awam mengundang rasa kurang senang netizen.
Terkini

"Perlu Ker Jadi Role Model?" - Jemput 'Hot Daddy' Ke Podcast, Netizen Gesa Fahmi Fadzil Ambil Tindakan Tegas!

gempak
06/02/2024
09:30 MYT
Tindakan laman web penstriman yang menjemput duda terkenal, yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ sebagai tetamu podcast mengundang rasa kurang senang orang ramai.
Laman Utama

“Dah Lain Bila Kurus, Macam Barbie” - Zizie Izette Jadi Hot Topik, Makin Lama Makin Cantik

gempak
18/08/2022
23:29 MYT
Macam mana nak cantik macam Zizie ni, lawa betul.
Laman Utama

#OhAbeNik: Hot Daddy! 5 Artis Kacak Berstatus Duda Dambaan Wanita, Dah Berpunya Ker Belum?

gempak
09/10/2021
14:50 MYT
Siapa paling menawan, siapa paling menggoda?
Laman Utama

Shuib Tinggalkan Konti Hot FM, Tumpukan Perhatian Kepada Perniagaan

gempak
18/01/2021
04:13 MYT
Selepas dua tahun, Shuib tinggalkan Hot FM