Antarabangsa
Husqvarna Bawa Cafe Racer Svartpilen 250, Svartpilen 401 dan Vitpilen 401 Ke Malaysia
Selepas lama menyepi, akhir motosikal premium jenama Sweden menerusi Husqvarna kembali buat pasaran Malaysia.
Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd selaku pengimport motosikal itu untuk pasaran tempatan memperkenalkan beberapa model menarik yang kini sesuai untuk kegunaan di jalan raya biasa.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/vitpilen-401.jpg)
Ia membabitkan Svartpilen 250, Svartpilen 401 dan Vitpilen 401 yang masing-masing dijual pada harga RM24,800, RM29,800 dan RM29,800. Agak menarik jika kita lihat harganya itu, maklumlah ia dijual kurang RM30,000.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/svartpilen-250.jpg)
Bagi Svartpilen 401 dan Vitpilen 401 ia menggunakan enjin 373 cc satu silinder yang menyamai KTM Duke 390 dengan menyalurkan 44 hp pada 9,000 rpm dan 37 Nm tork pada 7,000 rpm.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/svartpilen-401.jpg)
Untuk melihat model ini, anda bolehlah berkunjung ke:
EL Chong Motor Trading Sdn Bhd - Wilayah Utara
2, Lorong Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Sungai Jawi, Sungai Bakap, Pulau Pinang, Malaysia.
Welly World Cycle Sdn Bhd - Wilayah Tengah
Address: No. 2135, 2136 & 2137, Jalan 3/1, Batu 13 1/2, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Wheel Riders Malaysia Sdn Bhd - Wilayah Selatan
Address: 5 & 7, Jalan Ekoperniagaan 3, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Takzim, Malaysia.
Must-Watch Video