Husqvarna baru sahaja memperkenalkan sebuah jentera model edisi khas iaitu FC 450 Rockstar Edition untuk sukan lumba off-road atau motocross.

Apa yang menarik mengenai Rockstar Edition ialah paparan grafik sport dan juga prestasi lebih bertenaga berbanding model standard FC 450.

Fork hadapan yang digunakan sudah dinaik taraf kepada jenis WP Xact 48mm berbanding tahun 2019. Kini triple clamp digunakan untuk memegang fork bagi mendapat kejajaran seimbang.

Tambahan lain membabitkan sistem klac hidraulik Magura, penutup klac perlumbaan Rekluse Factory, perendam FMF Racing Factory 4.1 RCT, kotak gear ringan 5 kelajuan PANKL, pembalut pemegang hendal kelabu ODI, bar hendal dan pad bar ProTaper serta rim hitam D.I.D. DirtStar bersama hab biru.

Pembaharuan lain juga membabitkan penggunaan bateri jenis litium ion pada model FC 450 Rockstar Edition berbanding model standard FC 450 yang menggunakan bateri biasa. Beza berat bateri ialah kira-kira 1 kilogram.

Motosikal itu juga didatangkan pilihan tetapan mode enjin, launch control dan kawalan cengkaman yang boleh dihidupkan atau dinyahaktifkan.

Model Husqvarna FC 450 Rockstar Edition 2020 akan dijual pada awal tahun depan menerusi rangkaian pengedar. Tiada maklumat mengenai harganya atau prestasi enjin.