Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Norman memuat naik sebuah video yang memaparkan momen dia memeluk erat ibu bapanya dan isteri, Memey Suhaiza di hadapan Kaabah, Masjidil Haram.
Dalam video tersebut, aktor filem Gerak Khas The Movie itu turut mengalirkan air mata saat momen manis itu.
“Terima kasih Allah untuk perancangan & susun atur ini. Alhamdulillah syukur nikmat.
Dalam pada itu, Norman turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan buatnya.
“Terima kasih juga untuk setiap ingatan, ucapan serta doa dari kalian semua. Semoga segala kebaikan yang dikirimkan melalui doa kembali semula buat yang mendoakan,” coretnya.
Terdahulu, Norman memaklumkan dia dan keluarga bakal mengerjakan ibadah Umrah dan memohon semua mendoakan urusannya dipermudahkan.