Antarabangsa

Hyundai Kona Buka Untuk Tempahan, Lancar Suku Keempat Tahun Ini

gempak
Erywan
27/08/2020
04:30 MYT
Sponsor Banner
Hyundai Kona Buka Untuk Tempahan, Lancar Suku Keempat Tahun Ini
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kompak, Hyundai Kona akhirnya bakal dilancarkan di Malaysia pada suku keempat tahun ini selepas Hyundai Sime-Darby Motors (HSDM) membuka tempahan kenderaan itu bermula hari ini.
Model berkenaan yang dijual di negara ini adalah versi import sepenuhnya dari kilang Hyundai Motor Company di Ulsan, Korea Selatan.
Kona akan menyertai model-model SUV lain HSDM seperti Tucson Santa Fe. Selain Kona juga menjadi model pertama SUV kompak segmen B yang dijual oleh HSDM untuk pasaran Malaysia.
Buat pengetahuan anda, nama Kona diambil dari sebuah daerah di Hawaii, Amerika Syarikat, selain jentera itu menerapkan ciri reka bentuk yang lebih bergaya dan disasarkan kepada masyarakat urban.
Ciri menarik yang lain boleh dilihat menerusi rekaan lampu utama dan lampu siang LED, selain memberi posisi pemanduan dengan penglihatan lebih baik serta jelas.
Pada masa sama, ia turut dilengkapi paparan head-up yang memaparan pelbagai maklumat kepada pemandu tanpa mengganggu pemanduan mereka serta mempunyai tempat pengecas tanpa wayar.
Buat masa ini, harganya masih lagi belum diumumkan lagi dan kami kami maklumkan kepada anda selepas mengetahuinya nanti.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live