
Di bawah hud,
Elantra N Line dikuasakan oleh
enjin turbo 1.6-liter GDI yang menghamburkan
201hp dan
264Nm. Kuasa disalurkan ke gandar hadapan menerusi pilihan transmisi manual enam kelajuan atau automatik klac berkembar tujuh kelajuan.

Di samping itu, model ini turut dilengkapi dengan sistem suspensi yang lebih tegar dengan topang ‘multi-link’ pada bahagian belakang, rim aloi berukuran 18 inci dan cakera brek hadapan yang lebih besar.

Penampilan Elantra N Line diserlahkan lagi menerusi
kit badan agresif, jeriji bercorak geometri serta tirai udara (air curtain) pada bahagian bawah bampar hadapan bagi membantu menyejukkan enjin.

Tidak seperti Elantra biasa, bahagian belakang sedan ini menampilkan spoiler,
diffuser yang berfungsi serta muncung ekzos berkembar dalam kemasan krom.

Untuk ruang dalaman, ciri-ciri seperti
stereng N dengan balutan kulit, tempat duduki sport, ‘paddle shifter’ serta set pedal aloi akan membuatkan pemandu rasa seperti memandu kereta sport yang sebenar.

Jika ini tidak mencukupi, Hyundai turut menawarkan pelbagai aksesori dan kelengkapan tambahan dari koleksi
N Performance untuk mereka yang pengalaman pemanduan yang lebih dinamik.

Bukan sahaja prestasi, aspek keselamatan turut diberi penekanan menerusi ciri-ciri
Forward Collision-Avoidance Assist (FCA), Lane Keeping Assist (LKA), Lane Following Assist (LFA), High Beam Assist (HBA), Driver Attention Warning (DAW), Blind-Spot Collision Avoidance Assist (BCA) dan pelbagai lagi.

Selain Elantra N Line, Hyundai mengesahkan bahawa mereka akan turut melancarkan Sonata N Line dengan enjin turbo GDI 2.5-liter pada tahun ini.