Antarabangsa

Hyundai Veloster N 2020, Lebih Mantap Dengan Transmisi 8 Telajuan DCT

gempak
Erywan
23/04/2020
03:27 MYT
Sponsor Banner
Hyundai Veloster N 2020, Lebih Mantap Dengan Transmisi 8 Telajuan DCT
Hyundai memperkenalkan Veloster N versi 2020 dipertingkatkan untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan.
Apa yang dimaksudkan adalah kehadiran transmisi automatik klac berkembar (DCT) basah lapan kelajuan. Ia dikatakan mempunyai kemampuan untuk menampung jumlah tork lebih tinggi.
Ini terbukti benar kerana hatchback berprestasi tinggi itu kini mempunyai 377Nm berbanding 353Nm pada versi terdahulu. Ia dibekalkan oleh enjin turbo 2.0-liter sama yang menjana 250hp atau 275hp jika dilengkapi dengan Performance Package.
Menurut Hyundai, jumlah tork yang lebih tinggi itu datang daripada teknologi N Grin Shift (NGS). Ia membolehkan fungsi turbo ‘overboost’ dan respon transmisi maksimum selama 20 saat. Ini membolehkan Veloster N memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 5.6 saat, 0.5 saat lebih pantas berbanding sebelum ini.
Selain itu, transmisi baharu itu juga dilengkapi dengan teknologi N Power Shift (NPS) dan N Track Sense Shift (NTS). Kedua-duanya ditugaskan untuk mengawal aspek penukaran gear bergantung kepada situasi pemanduan.
Ciri-ciri ini boleh dikawal menerusi skrin sistem infotainmen berukuran lapan inci yang didatangkan dengan sistem audio premium JBL.
Bukan itu sahaja, Hyundai turut menawarkan pilihan tempat duduk ‘bucket’ N Light Sports Bucket Seats. Selain lebih ringan sebanyak 2kg, tempat duduk itu juga mempunyai logo ‘N’ yang menyala. Veloster N 2020 akan memasuki pasaran Korea bermula bulan ini, diikuti dengan pasaran-pasaran lain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024