Modifikasi

Hyundai Veloster N Performance Concept padat barangan ‘aftermarket’ OEM

gempak
Erywan
30/10/2019
03:16 MYT
Sponsor Banner
Hyundai Veloster N Performance Concept padat barangan ‘aftermarket’ OEM
Acara SEMA 2019 yang akan berlangsung di Las Vegas pada November ini bakal menyaksikan kemunculan Hyundai Veloster N Performance Concept yang dilengkapi dengan pelbagai barangan ‘aftermarket’ OEM.
Menurut Hyundai, model konsep ini dibangunkan untuk menunjukkan bahawa ia mempunyai potensi yang tinggi untuk dimodifikasi bagi membolehkan pemilik meningkatkan tahap prestasi dan dinamiknya mengikut cita rasa tersendiri.
Reka bentuk luaran Veloster N kini menjadi lebih agresif dengan adanya kit badan keluaran KWA yang terdiri daripada hud kustom, kemasan lampu kabus dan jeriji, splitter hadapan, skirt sisi, spoiler, diffuser dan penutup enjin.
Ia turut dilengkapi dengan rim tempaan OZ berukuran 19 inci dengan penutup karbon berjenama N. Rim ini dipadankan dengan tayar Pirelli P Zero Corsa yang didatangkan dalam saiz 235/35.
Turut tidak ketinggalan adalah jalur berwarna oren yang menghiasi bampar hadapan dan belakang, skirt sisi, hud serta cermin sisi.
Masuk ke bahagian dalam, upholsteri Alcantara pada papan pemuka, pintu, headliner, tiang, stereng dan brek parkir melahirkan suasana kabin yang lebih sporty. Sekali lagi, warna oren digunakan sebagai penyudah.
Tidak cukup dengan itu, kereta konsep ini turut menampilkan tombol gear aluminium, kerusi karbon Sabelt, tikar lantai sport dan butang penghidup enjin berwarna merah.
Selain penampilan, aspek pengendalian turut diberi penekanan menerusi penggunaan anti-roll bar Daweon Steel pada bahagian hadapan dan belakang, serta sistem suspensi coilover Extreme Racing dengan pegas gegelung H&R.
Turut dipertingkatkan adalah sistem brek, yang kini merangkumi cakera berukuran 380mm di hadapan dan 360mm di belakang dan juga angkup keluaran Alcon.
Dari segi prestasi, Veloster N Performance Concept berkemungkinan besar menggunakan enjin turbo 2.0-liter berkuasa 275hp/353Nm yang sama dengan versi asas. Ia bagaimanapun mempunyai sistem ekzos cat-back Capristo bagi menghasilkan bunyi yang lebih garang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live