Buat kali pertama, seorang wanita adalah pememang peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza anjuran PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB) bagi bulan Julai.

Ibu tiga anak itu, Norasyikin Mohd Salleh berasal dari Johor memasuki peraduan dengan pembelian pakej minyak pelincir dan T-shirt Sprinta dari khemah PETRONAS di kejohanan PETRONAS Cub Prix di Pontian, Johor pada Julai lalu.



Bersyukur dengan rezeki berkenaan, beliau memberitahu suaminya memang sudah berhasrat untuk membeli motosikal model YAMAHA Y15ZR ini dalam masa terdekat.

Namun, panggilan kemenangan beliau dari pihak PLMMSB memang cukup mengujakan dan sekaligus membatalkan niat suami untuk membeli tersebut.

Beliau bersama keluarga telah datang ke acara PETRONAS Cub Prix pusingan keenam di litar Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu untuk majlis penyampaian hadiah kemenangan motosikal berkenaan. Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah.



Masih terdapat dua Yamaha Y15ZR untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan pada 30 September nanti. Hadiah kedua Yamaha R25) dan utama Yamaha R6 peraduan bakal disampaikan di acara bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Maklumat lanjut peraduan boleh didapati di laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.

Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini :-