Antarabangsa

Ini Bukannya Produk Lego! Tetapi Kemasan Toyota AE86 Ini Masih Mantap Dan Terperinci

gempak
Erywan
19/04/2020
05:38 MYT
Sponsor Banner
Ini Bukannya Produk Lego! Tetapi Kemasan Toyota AE86 Ini Masih Mantap Dan Terperinci
Kereta penghantaran tauhu yang anda lihat. Ia bukanlah produk sah Lego mahupun Toyota Lego namun versi Initial D Toyota AE86 yang ditampilkan itu boleh tahan mantap dan sangat terperinci.
Walaupun blok plastik kecil yang membentuk kereta AE86 itu kelihatan seperti produk Lego, namun bukanlah produk rasmi daripada jenama berkenaan. Kit terbabit diperbuat daripada Cada. Produk itu dikatakan seperti tidak mendapat lesen rasmi dari Toyota mahupun Initial D.
Ia jelas bukan hanya mana-mana model rawak Toyota Sprinter Trueno, tetapi benar-benar model Takumi gunakan untuk drift di Jepun dalam siri kartun Intial-D. Mengapa kami berkata sedemikian kerana kit digunakan turut merangkumi peti tauhu di but belakang dan bukan tauhu biasa tetapi "Tofu Fujiwara Klasik”!.
Ini juga diyakinkan lagi menerusi beberapa kiub tauhu putih di atas kotak penghantaran kayu berkenaan.
Bahkan kit yang digunakan lebih maju berbanding kit Lego tipikal. Komponen yang digunakan lebih kepada peralatan yang anda dapati dalam barisan Lego Technics buat golongan dewasa seperti panel pembukaan, linkage stereng yang boleh digerakkan dan suspensi roda belakang yang tertulis non-independent sama seperti kereta sebenar.
Dan jika anda memerlukan bukti lanjut bahawa ini adalah AE86 dari Gunung Akina yang terkenal, lihat saja perincian kabin yang menampilkan cawan air dari lelaki tua Bunta untuk Takumi simpan dalam kereta dan tidak menumpahkannya.
Turut tersedia roda stereng 3-jejari, tombol gear dan brek tangan. Namun, ada juga beberapa ketidaksempurnaan seperti kluster tolok dari kereta baharu, kekurangan tempat duduk belakang, dan kami yakin kereta Takumi memiliki kabin merah tua.
Namun, pembentangan ruangan enjin 4A-GE agak kemas yang mana anda boleh melihat flywheel yang menjadi sebahagian daripada linkage stereng dan lampu depan yang boleh dibuka dan tutup.
Kit ini turut didatangkan dengan alat ganti modifikasi seperti spoiler atau enjin V8 yang bukan sebahagian Initial D Hachiroku.
Terakhir anda boleh boleh menghidupkannya dengan kotak bateri motor servo, mungkin mengubahnya menjadi sejenis kereta R/C. Kit berkenaan mempunyai 1,234 keping blok pada harga serendah USD $ 41 (RM177), itupun jika anda tidak begitu kisah tentang hak cipta dan keaslian.
Sumber: Japanesenostalgiccar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live