,
Antarabangsa

Ini Penjelasan Kami, Kenapa Proton X50 Sebuah SUV Yang Bagus

Erywan
02/10/2020
01:14 MYT
Selepas Proton X70, kini giliran X50 yang menjadi bualan rata-rata masyarakat Malaysia sama ada media sosial, dan ada sendiri yang bertanya kepada penulis berbaloikah untuk membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.
Seperti biasa, penulis agak sangsi bagi sesuatu produk jika tidak mengujinya terlebih dahulu sebelum mengatakan ‘ya’ atau ‘tidak’ untuk mencadangkan mereka membelinya.
Namun, selepas mencuba Proton X50 secara ringkas di Litar Antarabangsa Sepang, barulah penulis mengetahui sedikit sebanyak kelebihan kenderaan itu.
Enjin
Adakah enjin tiga silinder X50 ini tidak bagus! Senang cerita, kalau ia tidak bagus, macam mana enjin itu sudah pun digunakan lebih 550,000 unit di seluruh dunia.
Lagi pun, enjin berkenaan sudah diuji 1.9 juta kilometer persamaan 40 kali mengelilingi dunia dan buat pengetahuan anda, rangkaian kuasa itu bukannya dibangunkan oleh Geely sahaja, tetapi menerima gabungan daripada Volvo.
Memandangkan enjin tiga silinder ini dikatakan sedikit bising, setiap perincian rangkaian kuasa itu sudah dinaik taraf untuk mengurangkan NVH (noise, vibration, and harshness).
Ini terbukti ketika berada di ruang kabin, bunyi enjin yang menyerap masuk tidak keterlaluan dan penulis katanya ia agak senyap serta selesa biarpun pedal minyak ditekan pada peringkat maksimum.
Dari segi kuasa, memang X50 ini ada ‘power la’. Biarpun beratnya mencecah 1,350kg, ia boleh memecut 0-100km/j hanya 7.9 saat.
Ini spesifikasi enjin 1.5L T dan 1.5L TGDi yang anda perlu tahu:
1.5L T
  • Enjin: 1,477cc, turbocharged
  • Kuasa maksimum: 150PS
  • Tork Maksimum: 226Nm
1.5L TGDi
  • Enjin: 1,477cc, turbocharged
  • Kuasa maksimum: 177PS
  • Tork Maksimum: 255Nm
Pengendalian Digubah Untuk Pemandu Jalan Di Malaysia
Lain negara, lain budayanya sama juga dengan X50 ini. Biarpun menggunakan asas Gelly Binyue atau Coolray yang menggunakan platform BMA, X50 ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Bagi menyesuaikan dengan kondisi jalan dan gaya pemanduan masyarakat Malaysia, X50 memberi pengalaman pemanduan yang lebih selesa dengan mengubah konfigurasi spring dan peredam, selain menggunakan anti roll bar baharu. Ketepatan prestasi stereng juga lebih baik dengan penggunaan sistem stereng berkuasa elektrik yang mempunyai empat mod.
Ia bersesuaian dengan gaya pemanduan sama untuk dipandu di bandar dan lebuh raya. Ini bermaksud, pusingan stereng lebih ringan untuk kegunaan di bandar, manakala sedikit berat untuk pemanduan tinggi di lebuh raya.
Teknologi Termaju Bagi Kenderaan Jenama Malaysia
Dalam segi ciri keselamatan pasif atau aktif, spesifikai X50 ini boleh dikatakan agak sama dengan versi abangnya iaitu X70.
Bagi model ini, ia dilengkapi dengan ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan banyak lagi.
Cuma, Bantuan Parkir Auto adalah ciri yang pertama buat kenderaan jenama nasional. Ciri ini, sebenarnya sudah banyak ditawarkan pada model luar terutama bagi bukan jenama nasional.
Sistem itu membantu pemandu untuk memasuki parkir secara mengundur atau sisi. Jadi lepas stereng atau jangan tekan pedal minyak atau brek, biar sahaja kenderaan ini masuk parkir dengan sendirinya, macam pemandu profesional.
Nampaknya, ciri yang ada pada X50 ini sebenarnya sudah cukup baik. Lebih-lebih lagi yang mereka sedang mencari SUV baharu. Cuma buat masa ini, harganya masih lagi rahsia dan khabar angin yang tersebar dalam media sosial berhubung harganya juga adalah tidak benar atau pun ‘fake news’.
Kita tunggu sahaja pengumumannya pada majlis pelancarannya nanti, yang pasti ia sebuah SUV yang cukup bagus untuk dimiliki!
Baca artikel ini:
>> Perincian Spesifikasi Proton X50 Mengikut Varian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Viral

Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal

gempak
18/04/2024
02:55 MYT
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Viral

Hanya Mengemis Sekitar 5 Jam Di Pasar Malam, Peminta Sedekah Ini Berjaya Beli Proton X70 Premium

gempak
22/02/2024
23:55 MYT
Kerja hanya mengemis sekitar empat hingga lima jam sehari, seorang peminta sedekah berstatus orang kurang upaya (OKU) berjaya memiliki sebuah kenderaan kenderaan SUV Proton X70 Premium
drebar

Proton Catat Jualan 10,380 Unit Pada September, Saga Paling Banyak Laris

gempak
06/10/2021
04:25 MYT
Dengan jualan kenderaan sebanyak 10,380 unit, PROTON berjaya mengekalkan kedudukan kedua di Malaysia.
drebar

Proton Perkenalkan Iriz Dan Persona 2022 Baharu, Ini Perinciannya Yang Anda Perlu Tahu

gempak
05/08/2021
04:24 MYT
Kedua-dua model diberi ciri-ciri, reka bentuk dengan pilihan warna baru
.
BorakSeeni