Ini Perincian Spesifikasi Proton X50 Mengikut Varian, Tempahan Dibuka Esok
Erywan
15/09/2020 09:00 MYT
15/09/2020 09:00 MYT
Kenderaan Utilti Sukan, Proton X50 akhirnya dipertontonkan secara rasminya kepada media di Kilang Pemasangan Proton di Tanjung Malim, Perak.
SUV ini sudah pasti akan melonjak jualan Proton, selain akan memberi saingan kepada jenama lain.
Sempena majlis prebiu X50, orang ramai dah boleh membuat tempahan SUV itu bermula esok dengan yuran tempahan RM500.
Ini ciri-ciri yang anda perlu tahu tentang X50:
Ini ciri-ciri yang anda perlu tahu tentang X50:
1. Enjin
Dari segi prestasi jentera ini, ia tidak menggunakan enjin biasa-biasa. X50 didatangkan dengan rangkaian kuasa tiga silinder yang pastinya menyalurkan prestasi cukup baik untuk SUV ini. Ini termasuklah:
- 3-silinder 1.5L Turbo - 148PS dan 226Nm
- 3-silinder 1.5L TGDI - 174PS dan 255Nm
2. Transmisi Dan Mod Pemanduan
Kotak yang digunakan juga adalah sama seperti abangnya, X70 iaitu transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Ia kini dilengkapi dengan mod standard, eco dan sport.
3. Bantuan Parkir Automatik
Teknologi ini selalunya ada bagi model-model yang melebihi harga RM100,000 ke atas atau kelas premium.
Bagaimanapun, X50 dilengkapkan dengan ciri Bantuan Parkir Automatik, yang juga pertama diperkenalkan dalam barisan model Proton.
4. Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
Seperti yang anda tahu, ciri ini sebenarnya sudah ada pada X70. Ia termasuk ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan banyak lagi.
5. Empat Varian
Seperti model X70, X50 turut ditawarkan dengan beberapa varian lain ia termasuk Standard, Executive, Premium dan Flagship.
6. Enam Pilihan Warna
Bagi memberi pilihan kepada pemiliknya, X50 ditawarkan dengan enam pilihan warna membabitkan:
- Snow White (putih)
- Jet Grey (kelabu)
- Silver (perak)
- Ocean Blue (biru)
- Passion Red (merah)
- Citrus Orange (jingga)
7. Sistem infotaimen GKUI 19
Seperti sebelum ini, sistem GKUI 19 ini adalah versi yang sudah dinaik taraf dan lebih bagus berbanding terdahulu. GKUI 19 ini mempunyai lima kali ganda lebih pantas dari segi prestasi proses komputernya.
8. Spesifikasi Proton X50 Mengikut Varian
1.5 T Standard
- Enjin 1.5 T Turbo
- 7 kelajuan automatik klac berkembar
- 4 beg udara SRS
- Lampu utama LED
- Rim 17 inci
- Kerusi balutan fabrik
- Corong penyaman udara belakang
- Infotaimen 8 inci - GKUI resolusi 1024X600, E01 Quad-Core
- Kamera pandang belakang
1.5 T Executive
- Enjin 1.5 T Turbo
- 7 kelajuan automatik klac berkembar
- 6 beg udara SRS
- Lampu utama LED auto
- Rim 17 inci
- Corong penyaman udara belakang
- Infotaimen 8 inci - GKUI resolusi 1024X600, E01 Quad-Core
- Kamera pandang belakang
- Roda stereng balutan kulit
- Lampu kabus
- Kerusi balutan kulit
1.5 T Premium
- Enjin 1.5 T Turbo
- 7 kelajuan automatik klac berkembar
- 6 beg udara SRS
- Lampu utama LED auto
- Rim 18 inci
- Kerusi balutan kulit
- Corong penyaman udara belakang
- Infotaimen 10 inci - GKUI resolusi 1,920X720, E01 Quad-Core
- Kamera 360 darjah
- Roda stereng balutan kulit
- Lampu kabus
- Monitor tekanan tayar
- Kerusi berkuasa elektrik
1.5 TGDi Flagship
- Enjin 1.5 TGDi
- Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)
- Ruang dalaman dengan dual tona
- Bumbung Panoramik
- 7 kelajuan automatik klac berkembar
- 6 beg udara SRS
- Lampu utama LED Auto
- Rim 18 inci
- Corong penyaman udara belakang
- Infotaimen 10 inci - GKUI resolusi 1,920X720, E01 Quad-Core
- Kamera 360 darjah
- Roda stereng balutan kulit
- Lampu kabus
- Kerusi balutan kulit
- Monitor tekanan tayar
- Kerusi berkuasa elektrik