Antarabangsa

Inilah Peluang Untuk Memiliki Kereta Lumba Pertama Volkswagen Golf

gempak
Erywan
30/03/2020
07:07 MYT
Sponsor Banner
Inilah Peluang Untuk Memiliki Kereta Lumba Pertama Volkswagen Golf
Volkswagen Golf sudah pun memasuki hampir lima dekad sejak diperkenalkan dan lebih 35 juta model berkenaan sudah dijual sehingga 2019.
Jentera yang menjadi model popular selepas Volkswagen Beetle itu turut dilengkapi ciri teknologi era moden dalam pembinaan kereta pada masa dahulu.
Selepas pengenalan Golf pada 1974, Syarikat Rolf Nothelle memperkenalkan Golf MK1 pada 1975 di Belanda bagi spesifikasi jentera perlumbaan Kumpulan 2.
Jadi ini adalah model pertama jentera lumba Golf dan ia memcapai keputusan memberangsangkan dalam perlumbaan Hockenheimring Grand Prix yang dipandu oleh Bernd Lilier.
Jentera yang mempunyai sejarah menarik itu, kini mencari pemilik baharu dengan bakal dijual lelongan RM Sotheby’s nanti.
Golf MK1 versi kereta lumba itu pada mula dilengkapi enjin 1.6 liter empat silinder sebaris yang menghasilkan 162hp, tetapi ditukarkan enjin 1.8 liter dengan output lebih tinggi iaitu 175.
Enjin itu turut dilengkapi komponen lain seperti karburetor Weber 45 DCOE berkembar, penyalaan contactless dan ekzos prestasi tempahan khas.
Tambahan lain yang ada pada jentera itu boleh dilihat penggunaan rim BBS, suspensi uniball dan brek sistem berprestasi tinggi.
Sebelum ini, jentera itu disimpan bertahun-tahun selepas ia direstorasi semula pada 2011 dan dipamerkan pada umum setahun selepas itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024