Petron Malaysia bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melancarkan pertandingan ‘Petron Fuel Champs! MyDebit Je bersama Kad ATM anda’ untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan mengisi bahan api menggunakan kad ATM MyDebit mereka.

Dengan pembelian bahan api minima RM5 di Petron, pemegang kad ATM MyDebit berpeluang memenangi sebuah kereta model terbaru dari Proton, Proton X50 1.5T Executive dalam cabutan hadiah utama.

Dua pemenang hadiah tempat pertama akan memenangi sebuah motor Yamaha MT-25 setiap seorang sementara tiga pemenang hadiah kedua pula akan membawa pulang TV QLED Samsung 65 inci.


Sepuluh pemenang hadiah saguhati akan menerima mata ganjaran Petron Miles yang bernilai sehingga RM700. Semua pemenang juga turut akan menerima jersi bola sepak antrabangsa edisi terhad.

Disamping hadiah-hadiah utama yang ditawarkan, enam pemenang akan dipilih setiap bulan sepanjang tempoh promosi.

Pertandingan ‘Petron Fuel Champs! MyDebit Je bersama Kad ATM anda’ bermula 1 Ogos sehingga 30 Oktober 2021.

Pelanggan hanya perlu membuat pembelian RM5 menggunakan kad ATM mereka di pam minyak and hantarkan resit pembelian mereka melalui Whatsapp di 019-388 6733, atau Whoop App.

Whoop App boleh dimuat turun dari Apple Store atau Google Play Store. Pelanggan boleh menghantar lebih dari satu penyertaan kerana setiap bukti pembelian mewakili satu penyertaan.