Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jeep Wrangler tawar edisi khas menerusi Willys dan Black & Tan

Erywan
16/09/2019 02:46 MYT
Jeep sudah memperkenalkan dua model edisi khas Wrangler iaitu Willys dan Black & Tan. Kedua-duanya adalah berasaskan varian Wrangler Sport S, ditambah dengan kelengkapan luaran dan dalaman yang unik.



Wrangler Willys

Hadir dengan penampilan lebih ranggi, Wrangler Willys mendapat pelekat ‘Willys’ pada bahagian hud, rim aluminium hitam berukuran 17 inci yang dibalut tayar lumpur Firestone dan jeriji hitam berkilat. Turut disertakan secara standard adalah tikar lasak untuk semua jenis cuaca serta lampu utam dan lampu kabus LED.



Bagi aspek mekanikal, edisi ini dilengkapi dengan Limited-Slip Differential (LSD) pada gandar belakang, peredam Rubicon serta sistem brek tugas berat.

Ditawarkan dengan 10 pilihan warna, Wrangler Willys dijual pada harga $33,740 (RM140,925) bagi versi dua pintu dan $37,240 (RM155,544) bagi versi empat pintu.



Wrangler Black & Tan

Berlainan dengan Willys, Wrangler Black & Tan lebih sesuai untuk mereka yang bergaya. Ciri yang paling menonjol pada model ini adalah bumbung ‘soft top’ berwarna perang, selain rim Machine Granite 17 inci, tayar ‘all terrain’, pemijak sisi serta lencana dalam kemasan matte.



Bahagian dalaman dihiasi dengan warna hitam Wizard Black pada papan pemuka serta upholsteri fabrik berwarna perang Wizard Tan. Turut disertakan secara standard adalah pakej Technology Group yang merangkumi paparan tujuh inci untuk panel instrumen dan sistem infotainmen, serta sistem pendingin hawa dua zon.

Bagi pasaran Amerika Syarikat, Wrangler Black & Tan ditawarkan pada harga $32,940 (RM137,583) bagi versi dua pintu dan $36,440 (RM152,202) bagi versi empat pintu.


#Drebar #Jeep #Wrangler
;