Antarabangsa
Jualan Nissan Motor Co Di China Jatuh Sehingga 80 Peratus
Jualan kenderaan Nissan Motor Co di China jatuh sehingga 80 peratus pada Februari lalu berikutan faktor kebimbangan pembeli akibat koronavirus (Covid-19).
Pengeluar daripada Jepun itu memaklumkan, hanya 15,111 kenderaan yang dijual pada bulan lalu di pasaran kereta terbesar di dunia untuk permintaan model Sylphy, X-Trail dan Qashqai terus jatuh.
Nissan sebelum ini memperkukuhkan pertumbuhan di China untuk mengurangkan impak daripada perniagaannya yang merosot di Amerika Syarikat dan Jepun, di mana jualan kereta turun 27 peratus bulan lalu.
Berikutan larangan perjalanan dan penutupan jalan raya di beberapa kawasan di China pada Februari menyebabkan kelembapan dalam pengeluaran sejak bulan lalu.
Oleh kerana ketidakpastian tentang wabak Covid-19, permintaan dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu dijangka lemah dalam jangka masa pendek hingga pertengahan, yang boleh meningkatkan tekanan jualan pengeluar kereta global.
Nissan sebelum ini bergelut dengan jualan yang merudum dalam tempoh dua tahun yang lalu. Pasukan eksekutifnya yang baru ditugaskan untuk mengurangkan kos dalam pelan pemulihan yang dijangka pada Mei.
Must-Watch Video