Antarabangsa

Jualan Perodua Di Luar Jangkaan Pada Tahun Lalu - 240,341 Unit, Naik 5.8 Peratus!

gempak
Erywan
21/01/2020
09:16 MYT
Sponsor Banner
Jualan Perodua Di Luar Jangkaan Pada Tahun Lalu -  240,341 Unit, Naik 5.8 Peratus!
Perodua memecahkan rekod jualan tahunannya, iaitu 227,243 unit pada 2018, dengan jualan 240,341 kenderaan pada 2019, didorong permintaan yang kekal tinggi untuk semua modelnya mengikut urutan menaik, Alza, Aruz, Bezza, Axia dan Myvi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pencapaian itu di luar jangkaan, ia didorong permintaan yang tingg dan menjangkakan prestasi jualan 2020 setanding dengan tahun lalu.
“Kami menetapkan sasaran jualan 240,000 unit untuk 2020 dan optimis ia boleh dicapai walaupun persaingan dijangka bertambah sengit tahun ini,” katanya.
Angka jualan 2019 Perodua mewakili peningkatan 13,098 unit (+5.8 peratus) berbanding 2018, dan menjadi angka jualan tahunan tertinggi dalam sejarah syarikat itu.
Menurutnya, berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) 604,775 unit, Perodua menguasai hampir 40 peratus pasaran Malaysia, berbanding 38 peratus tahun sebelumnya.
Semua model Perodua menerajui segmen masing-masing pada 2019, termasuk Perodua Aruz yang menjadi SUV terlaris negara dengan jualan 30,115 unit.
Sementara itu, lebih 2,000 unit Perodua Bezza 2020, yang dilancarkan dua minggu lalu, sudah menemui pemiliknya daripada 15,000 tempahan yang merangkumi 8,000 tempahan untuk model sebelumnya yang sudah ditukar kepada model terkini.
Zainal berkata, pihaknya menganggarkan kira-kira 13,000 tempahan dari tahun lalu yang belum dipenuhi dan Perodua bertungkus-lumus untuk menyerahkan kenderaan kepada pelanggan secepat mungkin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live