Antarabangsa

“Kami Akan Mengkaji Semula” - CEO Modenas, Masih Lagi Meneruskan Projek Supermoped

gempak
Erywan
14/01/2020
16:05 MYT
Sponsor Banner
“Kami Akan Mengkaji Semula” - CEO Modenas, Masih Lagi Meneruskan Projek Supermoped
Yamaha ada Ysuku, Honda ada RS150R, Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) juga tidak mahu ketinggalan dalam segmen supermoped di Malaysia berikutan pihaknya masih lagi dalam kajian untuk menghasilkan jentera berkenaan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan berkata, projek itu bermula tujuh tahun lalu dan pihaknya masih lagi dalam kajian untuk projek menghasilkan supermoped berkenaan.
“Rakan dan pemegang saham baharu kami Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI) turut berminat dalam projek menghasilkan supermoped itu.
“Kami akan mengkaji semula dan bagaimana untuk meneruskan projek itu pada masa akan datang. Ia mungkin mengubah rekaan untuk prestasi lebih baik,” katanya ketika ditanya pada sidang media selepas sesi tunggang uji Pulsar NS200 ABS di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jika supermoped itu dilaksanakan, ia bakal menjadi satu perkembangan yang menarik hadir dari pembuat motosikal tempatan.
Difahamkan, projek untuk menghasilkan motosikal supermoped itu sudah pun melabur hampir RM20 juta, namun pihak pengurusan tertinggi Modenas tidak mengesahkan berhubung kenyataan itu.
Pada April lalu, DRB-HICOM Bhd menjual 11 peratus kepentingan Modenas kepada KHI dengan nilai RM40.3 juta untuk membolehkan syarikat dari Jepun itu mempunyai tahap penyertaan yang lebih tinggi dalam pengurusan Modenas.
Cadangan penjualan itu akan meningkatkan kepentingan ekuiti KHI dalam syarikat motosikal nasional itu kepada 30 peratus.
KHI turut melanggan 52 juta saham Keutamaan Boleh Tukar (CPS) yang akan dikeluarkan oleh Modenas. Selepas ditukar, kepentingan KHI dalam syarikat itu akan meningkat kepada 48 peratus. Sementara itu, Modenas juga turut mempunyai perancangan untuk memperkenalkan beberapa model baharu daripada Kawasaki, namun perincian masih belum didedahkan.
Yang pastinya, model hasil kerjasama dengan Kawasaki itu adalah jentera yang lebih premium ia mungkin membabitkan Ninja 250cc atau Versy dan akan dipasang di Gurun, Kedah.
Menurut Roslan, motosikal kerjasama dengan Kawasaki itu akan mengikut piawaian yang sama kualiti dengan KHI.
“Jadi tidak perlu risau tentang kualiti, KHI akan terbabit secara langsung di kilang di Modenas,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live