Antarabangsa

“Kami Bagai Satu Keluarga, Susah Senang Bersama Modenas”

gempak
Erywan
11/08/2020
09:27 MYT
Sponsor Banner
“Kami Bagai Satu Keluarga, Susah Senang Bersama Modenas”
Bermula tahun 1995, Modenas selaku sebuah syarikat nasional menghasilkan motosikal jenama tempatan, sekali gus memberi lembaran baru dalam bidang automotif Malaysia pada ketika itu.
Bermula dengan Modenas Kriss, ia menjadi motosikal kegemaran rakyat Malaysia pada ketika itu dan sehingga kini sudah pun dijual melebihi 1 juta unit.
Pada era 1990-an, Kriss boleh dikatakan memiliki bentuk yang cantik serta harga juga agak kompetitf dalam segmen motosikal empat lejang berbanding dengan jenama lain.
Buat pengetahuan anda, Kriss adalah motosikal hasil daripada kerjasama dengan Kawasaki Heavy Industries yang menggunakan model Kawasaki Kazer 110.
Namun pada tahun ini, syarikat berkenaan menyambut ulang tahun ke-25. Jika anda ada anak, tentu mereka sudah dewasa dan mungkin memasuki fasa alam pekerjaaan atau pun mahu berumah tangga.
Bagi mereka yang bekerja di Modenas terutama golonggan ‘otai-otai’ di kilang di Gurun, Kedah. Mereka menganggap syarikat itu sebagai keluarga mereka sendiri.
Mereka ini juga boleh dikatakan sebagai tulang belakang Modenas selepas bertugas di sana hampir 25 tahun. Dari zaman bujang sehinggalah berumah tangga dan ada juga yang mempunyai menantu.
Mereka inilah pekerja yang setia dan sentiasa berada di sisi Modenas dalam situasi susah atau senang syarikat berkenaan.
Bagi menghargai jasa mereka. Pekerja otai ini diberi peluang untuk berkongsi pengalaman mereka yang tidak dapat dilupakan sepanjang bekerja di Modenas:
Rosmemah Abdul Rahim, 43.
“Pengalaman yang tidak saya boleh lupakan, selepas 22 tahun saya apabila diberi peluang menunaikan umrah dengan separa tajaan daripada DRB-Hicom.
“Banyak kenangan indah saya di sini. Modenas jugalah tempat bertemu jodoh dengan suami,” katanya
Bon Rit Song, 54.
“Pengalaman saya yang tidak dilupakan apabila diberi peluang untuk memberi taklimat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri ketika itu pada majlis pelancaran Modenas Kriss,” katanya.
Rosli Zakaria, 56.
“Paling senorok bila balik di kampung, ramai yang panggil saya sebagai budak Kriss. Kalau kata Modenas, mereka tak kenal sangat, tetapi kenal Kriss,” katanya.
Lau Siak Siong, 52.
“Apa yang tidak boleh saya lupakan, bagaimana saya ditawarkan masuk ke sini (Modenas).
"Sebelum kerja di Modenas, saya berada di Singapura. Ketika itu, sistem komunikasi tidak secanggih seperti hari ini. Saya menerima berita yang dapat tawaran masuk Modenas menerusi kiriman telegram dan surat itu saya simpan sampai sekarang,” katanya.
Nor Ikhsan Mohd Kassim, 51.
“Paling senorok, bila masuk kerja saya terus dapat latihan di Jepun selama tiga bulan.
“Ilmu yang dapat daripada memang berbaloi. Di sana banyak saya belajar untuk penyelenggaraan mesin jika mengalami kerosakan,” katanya.
Mohd Redzuan Yahaya, 57.
“Saya asal dari Melaka, pengalaman yang tidak saya lupakan adalah masalah komunikasi dengan masyarakat di sini kerana loghat yang berbeza.
“Tetapi apabila sudah lama, seolah-olah saya seperti orang utara pula. Saya juga seorang daripada orang lama di sini dan akan bersara dalam masa tiga tahun lagi,” katanya.
Sementara itu, rata-rata daripada mereka ini berdoa semoga jenama Modenas terus kekal relevan dan maju untuk menghasilkan motosikal yang kompetitif dengan pasaran tempatan.
Selain itu, drebar.my juga mahu mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-25 kepada Modenas dan terus cemerlang seperti era tahun hujung 1990-an.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live