Antarabangsa
Kapcai Ikonik, Honda EX5 Ulang Tahun Ke-35 Harga Bermula RM4,783
Sejak diperkenalkan 1987, Honda EK5 kini sudah pun mencecah 2 juta jualan bagi pasaran Malaysia. Bagi tahun ini, motosikal yang mempunyai sejarah yang unik di negara ini diperkenalkan dengan varian sambutan ulang tahun ke-35.
Varian berkenaan didatangkan dengan logo istimewa dan pelekat badan yang menarik. Ia juga ditawarkan dengan dua jenis rim iaitu lidi dan lima bilah.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/honda-ex5-ulang-tahun-ke-35-02.jpg)
Enjin berkenaan dilengkapi ciri Programmed Fuel Injection (PGM-Fi), yang mana ia memberi penjimatan bahan api serta pengurangan emisi.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/honda-ex5-ulang-tahun-ke-35-01.jpg)
Harga mengikut varian:
- Honda EX5 (Rim Lima Bilah) - RM5,009
- Honda EX5 (Rim Lidi) - RM4,783
Must-Watch Video