Watch

Kebangkitan Honda Fame

Public Anonymous User
11/06/2018
08:28 MYT
Dunia restorasi kini lebih banyak menyaksikan kebangkitan motosikal klasik atau lama.
Motosikal seperti itu ada yang dijaga seperti harta karun dan ada juga yang terbiar dengan tidak cukup sifat kerana buruk serta uzur.
Justeru proses restorasi yang dibuat kadang kala menelan belanja yang tidak masuk akal bagi menjelmakannya semula dan ada yang terpaksa digabungkan dengan komponen motosikal lain.
Drebar.my kali ini sekali lagi menampilkan model motosikal cub lama daripada jenama Honda untuk dikongsikan kepada pembaca.
Dalam kategori motosikal cub kebanyakan orang akan bercakap tentang Honda seperti C70 dan EX5.
Namun dalam keluarga itu, Honda C90 atau Fame juga tidak lekang dari bualan mulut peminat motosikal Honda. Malah, model itu kini semakin dicari-cari peminat motosikal lama.
Tidak pasti dimana kelebihannya, namun aura motosikal itu mula meningkat naik dan dicari-cari oleh peminatnya.
Seperti motosikal milik Shahrul Anuar 37 dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, sejarahnya bermula unik apabila ia dibeli secara timbang dari sebuah premis membeli besi buruk, di Perak.
Dengan harga RM250, kondisi jentera itu sangat teruk dan mengecewakan tetapi masih lengkap dengan pelbagai komponen asal.
Berpengalaman sebagai pekerja bengkel besi dan mengecat kenderaan, dia mula membina kerangka serta membaik pulih komponen yang berkarat.
Namun beberapa komponen kecil seperti meter asal, ekzos dan logo terpaksa ditukar baru berikutan ia tidak dapat diselamatkan lagi.
Bagi enjinnya, ia sudah melalui proses baik pulih semula dan menggabungkan blok Dream Racing bersaiz 56mm dan karburetor Suzuki TS.
Paling unik apabila tampil Sporty selepas menggunakan sepasang rim Kawa-GTO yang dicat warna putih.
Berbeza dengan varian cub lain, disudut lampu hadapan jentera terpacak sebuah 'topi' khas dan inilah membezakan Fame dengan varian honda lain.
Sementara itu, ia diwarnakan semula dengan mengekalkan tema warna asal manakala kos keseluruhan proses modifikasi jentera mencecah RM2,500.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video