Selepas diperkenalkan 3 tahun lalu, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) kini memperkenalkan Modenas Dominar D400 (Dominar D400) yang dinaik taraf.

Motosikal sports tourer itu menerima beberapa peningkatan teknikal, serta didatanggkan dua pilihan warna baharu. Harganya masih lagi menarik kerana ia dijual pada RM13,997 tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Ini ciri-ciri yang ada pada Modenas Dominar D400 yang dinaik taraf:


1. Model kali ini menampilkan penyerap hadapan terbalik atau lebih dikenali sebagai fork USD yang menggantikan fork teleskopik konvensional pada model sebelumnya.


2. Dominar D400 terbaharu ini juga menampilkan cakera brek bersaiz 320 mm di hadapan dan 230 mm di belakang yang dilengkapi sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dual channel.


3. Turut dilengkapi penyerap hentakan tunggal Nitrox di belakang yang membolehkan penunggang membuat penalaan suspensi untuk mendapat kualiti tunggangan menepati kehendak masing-masing.


4. Lain-lain, ia dipadankan dengan sistem klac Assist and Slipper yang akan membantu ketika pertukaran gear secara mengejut.


5. Menerima kemasan tank pada bercorak carbon baharu serta logo Dominar pada tempat duduk belakang.


6. Hadir dua paparan meter LCD yang kini lengkap dengan indikasi gear, penunjuk kelajuan, jarak perjalanan, jam, rpm, serta penunjuk tahap minyak.


7. Lampu hadapan automatik pula dari jenis LED mosaic yang mampu memberikan pengcahayaan lebih jelas pada waktu malam serta membolehkan penunggang dilihat dari jarak sejauh 1.5km.


8. Modenas Dominar 400 kini ditawakan dengan dua pilihan warna baharu iaitu Savanna Green dan Charcoal Black.

Rangkaian kuasanya, ia menggunakan enjin 373cc DOHC dengan teknologi DTS-i penyejukan cecair berkuasa 40PS dan tork 35Nm pula menerima sistem ekzos muncung berkembar baharu. Motosikal itu akan berada di semua wakil pengedar sah MODENAS mulai September 2021.