Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kini Anda Boleh Tempah BMW M3 Competition dan M4 Competition Coupé Melalui BMW Shop Online

Erywan
01/12/2020 07:06 MYT
BMW Malaysia memperkenalkan kempen pratempahan bagi jentera BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé yang baharu melalui BMW Shop Online.

Kedua-dua model baharu ini boleh dipratempah melalui BMW Shop Online mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 pada harga RM5,000 bagi setiap kenderaan. Pakej Inovasi BMW juga ditawarkan sebagai pilihan bagi kedua-dua model untuk menawarkan bakal pemilik Pengalaman Pemilikan Premium yang tersendiri.

Pelanggan juga berpeluang untuk menikmati harga istimewa dan tawaran bagi BMW M3 Competition serta BMW M4 Competition Coupé, selain menjadi antara pemilik pertama untuk menerima kenderaan ini pada tahun 2021.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, menerusi pengenalan BMW M3 Competition dan BMW M4 Competition Coupé baharu, pihaknya berhasrat untuk terus memastikan semangat peminat portfolio BMW M terus berkobar di Malaysia.

“Kedua-dua jentera ini menyerlahkan kepakaran sukan permotoran serta pendekatan kami yang mementingkan praktikaliti dan keselesaan yang bertaraf tertinggi,” katanya

Anggaran harga bagi model-model itu (atas jalan, tanpa insurans) ialah:


Layari BMW Shop Online melalui https://shop.bmw.com.my/ untuk menyaksikan dan pratempah BMW M3 Competition atau BMW M4 Competition Coupé pada hari ini, begitu juga dengan kenderaan M lain yang ditawarkan di Malaysia.

#BMW