Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lagi kereta tak siap untuk dijual! Harga lebih RM80,000

Erywan
31/07/2019 05:16 MYT
Bagi mereka yang ada kelapangan dan minat memasang kereta, ini ada satu projek menarik membabitkan sebuah Porsche 911T tahun 1973.

Kereta ini dibeli oleh pemiliknya kira-kira empat tahun lalu untuk menjalankan kerja-kerja penambahbaikan dan modifikasi.



Berwarna hijau Emerald, kenderaan itu didatangkan bersama enjin enam silinder mendatar berkapasiti 2.7 liter dengan kotak transmisi asal lima kelajuan manual 915. Nombor badan dengan enjin adalah berpadanan.

Projek kereta separa siap atau suku siap ini kini mahu dijual oleh pemiliknya menerusi seorang pengedar di Texas.



Pembeli kereta ini akan menerima komponen baru, dibaik pulih dan semua komponen yang ditanggalkan bersama manual pemilik.

Tambahan lain ialah sijil Porsche Production Specifications mengesahkan enjin itu adalah milik jentera jenama Jerman ini.



Berdasarkan maklumat, badan kereta ini ditanggalkan dan dicat semula dengan warna hijau sebelum pemasangan beberapa komponen pada tubuhnya.

Tingkap cemin bahagian pemandu dan panel cermin tepi penumpang hadapan sudah dipasang. Cermin lain belum dipasang, tetapi akan diberikan sekali dengan kereta ini.



Melihat ke dalam kereta ini, ternyata hampir keseluruhan ruang dalaman ditanggalkan kecuali papan pemuka dan roda stereng.

Odometer asal menunjukkan kereta ini sudah dipandu sejauh 49,000 kilometer. Enjin 2.7 liter kereta Porsche berkenaan perlu dibaik pulih disebabkan tempoh masa lama tidak digunakan.



Setakat ini, harga bidaan sudah mencecah AS$20,000 (anggaran RM84,000) dan ada masa dua hari lagi sebelum lelongan tamat. Bidaan boleh dibuat menerusi laman web bringatrailer.com.

Baca juga artikel lain:

>> Ferrari belum dipasang dijual lebih RM1 juta

#Porsche #Drebar