Antarabangsa
Laluan Utama Sekitar Kuala Lumpur Lancar
Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula hari ini, melihat keadaan di beberapa lalu lintas di pusat bandar Kuala Lumpur sangat lancar.
Ini menyaksikan orang ramai akur dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan itu dalam usaha menangani penularan Covid-19.
Laluan lintas lancar selepas semua premis kerajaan dan swasta tutup kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara.
Selain itu, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara dengan semua rumah ibadat dan premis perniagaan ditutup.
Bagaimanapun, pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian dibuka seperti biasa.
Tinjauan Drebar kira-kira jam 1 petang tadi di laluan utama di sekitar Kuala Lumpur menunjukkan laluan tidak sibuk seperti biasa.
Ini keadaan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur:
Jalan Tun Razak jam 1 petang
Jalan Bukit Bintang jam 1.04 petang (Hadapan Pusat Membeli Belah Pavilion)
Jalan Sultan Ismail jam 1.08 petang
Jalan Raja jam 1.14 petang (Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad)
Jalan Raja Laut jam 1.16 petang (Hadapan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
Jalan Kuching jam 1.20 petang
Must-Watch Video