Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lamborghini Tukar Aventador Replika Kepada Yang Betul Untuk Penuhi Impian Seorang Kanak-Kanak

Erywan
31/12/2019 01:15 MYT
Sebelum ini, dua beranak iaitu ayah dan anaknya membina sebuah replika Lamborghini Aventador di garaj rumahnya.

Mereka adalah Sterling Backus dan anak lelakinya, Xander, 12, yang membina jentera itu dengan menggunakan cetakan 3D. Biarpun membabitkan penggunaan ekstensif gentian karbon, jentera itu menggunakan sistem suspensi dan casis serta transmisi yang terhasil menerusi logam.

Replika itu bukan sahaja kelihatan sangat mirip dengan jentera asal, tetapi juga boleh dipandu. Ini kerana ia dilengkapi dengan enjin GM LS1 5.7 liter dari Chevrolet Corvette 2003 yang dilengkapi dengan sepasang turbocharger untuk kuasa tambahan.

Pembinaan jentera itu bermula apabila anak kepada Sterling Backus, Xander yang gemar bermain permaian video “Forza Horizon 3.”

Kanak-kanak itu meminta ayahnya membina jentera itu dan mereka bersetuju bersama-sama untuk membinanya. Mungkin selepas berita mereka viral di media sosial, Lamborghini menghubungi bapa kanak-kanak itu untuk membuat kejutan.

Jadi mereka menukar jentera replika itu kepada kereta yang betul untuk sempena sambutan Hari Natal baru-baru ini. Buat pengetahuan anda, jentera itu hanya dipinjamkan untuk sementara sahaja.

Saksikan video di bawah, untuk melihat reaksi kanak-kanak itu apabila melihat Lamborghini asli di dalam garaj bapanya.