Antarabangsa

Lamborghini Urus Versi Keyrus, Hasil Talaan Keyvany di Jerman

gempak
Erywan
24/02/2020
01:02 MYT
Sponsor Banner
Lamborghini Urus Versi Keyrus, Hasil Talaan Keyvany di Jerman
Dari segi prestasi, Lamborghini Urus versi standard sudah cukup laju dan rekaannya pula mampu menarik perhatian sesiapa sahaja. Namun, ia ternyata tidak menghalang ‘tuner’ dari Jerman iaitu Keyvany untuk membangunkan pakej naik taraf khas untuk super SUV itu. Diberi gelaran “Keyrus” (gabungan Keyvany dan Urus), ia hadir dengan pelbagai komponen gentian karbon seperti bonet, bampar hadapan dan belakang, jeriji, gerbang roda, skirt sisi serta diffuser. Selain diffuser yang besar lengkap dengan sirip, bahagian belakang jentera ini turut menampilkan spoiler kedua serta tambahan liang udara di kedua-dua bahagian hujung bampar. Melengkapkan pakej luaran ini adalah rim aloi tempaan berukuran 24 inci. Penggunaan komponen gentian karbon bukan sahaja memberikan Urus perwatakan yang lebih agresif, malah menurut Keyvany ia turut membantu mengurangkan berat SUV itu sebanyak 75kg. Berpadanan dengan imej garang yang ditampilkan, Keyvany turut memberi sentuhan pada aspek prestasi. Enjin 4.0-liter twin-turbo V8 yang sebelum ini menghamburkan 641hp dan 850Nm kini menghasilkan 820hp dan 1,000Nm. Gabungan kuasa yang lebih tinggi serta badan yang lebih ringan membolehkan SUV ini mengurangkan masa pecutan 0-100km/j dari 3.6 kepada 3.3 saat. Bukan itu sahaja, kelajuan maksimum turut dinaikkan dari 305km/j kepada 325km/j.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live