HIBURAN
Watie Akui Menyesal Pernah Suntik ‘Filler’ Pada Wajah, Nak Buang Kos Tinggi! - “Dagu Jadi Panjang Macam Ahli Sihir”
Pernah menjalani suntikan ‘filler’ pada wajah, pelakon dan penyanyi, Watie Sadali akui menyesal akan tindakan yang dilakukannya pada suatu ketika dahulu.
Kos buang 'filler' tinggi
Menurut Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 48, tindakannya itu menyebabkan dirinya perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi membuang ‘filler’ pada bahagian dagu.
“Ketika ini saya tiada buat apa-apa pada wajah, cuma saya ada buang filler pada bahagian dagu.
“Saya menyesal kerana elok sahaja dagu saya, tapi saya terikut-ikut orang dan tak fikir panjang dulu. Sekarang, nak buang mahal beribu kosnya, harga sama macam nak bayar down-payment kereta,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Tambah Watie, dia juga mendapat kesedaran untuk membuang ‘filler’ tersebut selepas kedudukan dagunya itu dikatakan berubah menjadi panjang seperti wajah ‘ahli sihir’.
“Benda (filler) itu makan teruk, kerana campur dengan yang tak original jadi bila guna yang palsu kat muka, lama-lama dagu saya jadi panjang buruk seperti witch(ahli sihir),” ujarnya lagi.
Sebagai individu yang sudah berpengalaman, Watie juga berpesan kepada orang ramai agar mendapatkan rawatan di tempat yang bertauliah supaya tidak menyesal di kemudian hari.
“Nasihat tolong bersyukur dengan wajah yang ada, kalau nak buat pergi lah ke tempat yang betul, jangan ke tempat yang murah nanti buruk.
“Sehingga kini saya perlu berjumpa doktor berkali-kali untuk buang, doktor cakap saya bernasib baik sebab saya buat kat dagu je kalau tempat lain memang lebih teruk,” katanya lagi.
BERITA BERKAITAN: "Dia Okey Saya Berkedut" - Zain Larang Che Ta Suntik Muka, Buat Rawatan Kosmetik!
BERITA BERKAITAN: Zarina Anjoulie Menyesal Buat Hidung, Kena Jangkitan Teruk Hingga Bernanah & Demam - “Saya Minta Keluarkan Silikon”
Must-Watch Video