Antarabangsa

Lexus GS Black Line - Adakah Ini Model Terakhir GS?

gempak
Erywan
29/04/2020
06:15 MYT
Sponsor Banner
Lexus GS Black Line - Adakah Ini Model Terakhir GS?
Bagi pasaran Amerika Syarikat, Lexus memberikan sedikit kelainan bagi model sedan mereka dengan melancarkan versi GS Black Line.
Ia ditawarkan secara terhad kepada 200 unit dengan pilihan varian pacuan roda belakang dan pacuan semua roda.
Ini mungkin edisi terakhir untuk sedan itu memandangkan sebelum ini Lexus sudah mengesahkan bahawa pengeluarannya akan dihentikan pada Ogos ini. Ini berikutan model sedan menerima kurang jualan berbanding segmen lain.
GS Black Line ditawarkan dalam warna Ultra White dan Caviar, serta hadir dengan komponen hitam berkilat seperti kemasan jeriji, spoiler belakang, cermin sisi serta rim F Sport. Angkup brek berwarna oren turut disediakan, tetapi hanya untuk varian pacuan roda belakang.
Bahagian dalaman pula menampilkan suasana yang sporty menerusi kemasan gentian karbon dan aksen merah pada panel pintu, stereng dan konsol tengah.
Dua jenis upholsteri digunakan di sini iaitu kulit berwarna hitam serta Alcantara yang boleh didapati pada panel instrumen, konsol dan perehat tangan. Jahitan kontras Rioja Red pula bertindak sebagai penyudah.
Buat pertama kalinya untuk edisi Black Line, setiap pembelian didatangkan dengan set bagasi mewah keluaran Zero Halliburton.
Ia menampilkan sentuhan mewah seperti logo krom dan sulaman yang diinspirasikan oleh jeriji ‘spindle’ Lexus pada bahagian dalam. Set ini mengandungi dua buah bagasi masing-masing berukuran 22 dan 26 inci.
Asas kepada GS Black Line adalah GS350 F Sport. Oleh itu, model edisi terhad ini dikuasakan oleh enjin NA berkapasiti 3.5-liter V6 yang menghasilkan 311hp dan 380Nm.
Versi RWD dilengkapi transmisi automatik lapan kelajuan, manakala automatik enam kelajuan untuk versi AWD.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live